Bekas perdana menteri berkata tindakan Trump akan mengapi-apikan ketegangan di Timur Tengah dan boleh menjejaskan proses damai Israel-Palestin.

Kuala Lumpur: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Presiden Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel kerana ia akan mengundang lebih banyak keganasan.
Beliau yang terkenal dengan kritikan tajam terhadap negara Barat mendakwa rancangan memindahkan Kedutaan Amerika Syarikat ke kota suci Islam, Kristian dan Yahudi itu sebenarnya dirancang sejak pentadbiran Presiden George H.W Bush I (1989-1993) dan Bill Clinton (1993-2001).
“Tetapi mereka sedar dunia akan membantah tindakan mereka dan mereka tahu proses pendamaian tidak akan berjalan jika tindakan ini diambil,” katanya di Facebook hari ini.
Proses perdamaian Israel dan Palestin secara serius berlarutan sejak 1993 melalui Perjanjian Oslo. Dalam tinjauan 2007 dan 2014, majoriti responden warga Palestin dan Israel menyokong penubuhan sebuah negara Palestin berdaulat di samping Israel dan Baitulmaqdis dibahagikan kepada Barat (Israel) dan Timur (Palestin).
Pemerhati meramalkan penyelesaian itu kini hampir mustahil dicapai jika Trump meneruskan rancangan itu.
“Tindakan ini akan membakar hati umat Islam dan hasilnya, lebih banyak keganasan akan berlaku di serata dunia,” kata Dr Mahathir, membidas Trump kerana mengapi-apikan keadaan yang sudah tegang di rantau itu.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
Update [Video Woi UmnoBN hang tau ke tidak?] Padahnya mengusung 'bangkai bernyawa' UMNO TIADA LAGI MASA DEPAN! MCA, MIC terang2 tolak hudud berserta ugutan, TETAPI yang dituduh anti-Islam hanya DAP? Itulah wajah2 PAS, #LudahDuluJilatBalik >> Berita Malay 18Ahad, 19 Ogos 2018
Suara Rakyat
Suka Halaman Ini · 1 jam ·
MCA, MIC terang-terang tolak hudud bers… Read More...
Update [Video Perempuan Ni Tuduh YB Khalid Samad Luluskan Pesta LGBT] Presiden GMIM (#walauntitPas?) MEMFITNAH Khalid Samad menganjurkan pesta gay & Undi tak percaya pada MB Perak hanya spekulasi. >> Berita Malay 18Isnin, 20 Ogos 2018
Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi
11 jam ·
Wanita ni kata Khalid Samad menganjurkan dan mel… Read More...
Update [Video Sg Kandis Pas Umno BERTUNANG, duduk BERSANDING di Seri Setia? Musa Aman akan ditangkap? >> Berita Malay 18Isnin, 20 Ogos 2018
Musa Aman akan ditangkap?
Bekas ketua menteri Sabah, Musa Aman dijangka akan mendarat di Lapangan Terbang Antara… Read More...
Update [Video Najib, Samanlah Tun Dr. Mahathir] 'PRK Balakong/Seri Setia' Berjemaah melindungi perompak penyamun perasuah penyeleweng & Adakah Najib MENJAWABNYA TAK TAHU? >> Berita Malay 18Isnin, 20 Ogos 2018
PENYOKONG Pakatan Harapan memberi sokongan kepada calon Parti DAP Dun Balakong N.27, Wong Siew Ki pada Hari Penamaan … Read More...
Update BN minta 30% saham dari pelabur China untuk kroni2 depa... >> Berita Malay 18
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa kerajaan BN sebelum ini korup dalam menerima kemasukan pelabur China ke negara ini.
Belia… Read More...