Update [Video Hanya perlu 20 Felda sahaja tumbangkan BN & Peneroka dah MENYAMPAH kat UmnoBN] Lawan PAS PRU 14: PKR Hanya Beri Laluan PPBM & Amanah. >> Berita Malay 18

Sabtu, 30 Disember 2017


POSTED BY TUKAR TIUB

Lawan PAS PRU 14 : PKR Hanya Beri Laluan PPBM & Amanah.


“Dahulu ini kerusi UMNO, kemudiaan Pas menang. Dahulu Pas menang atas tiket Pakatan dan melawan UMNO. Sekarang dalam rundingan adalah di mana kerusi UMNO, kami (PPBM) akan lawan. Di mana kerusi Pas, Amanah akan lawan,” kata sumber itu.

Sumber yang sama turut memaklumkan calon Amanah akan diletakkan bertanding DUN Chempaka yang kini disan
PKR dilaporkan telah memberi laluan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (Amanah) untuk melawan PAS dan Barisan Nasional (BN) pada PRU 14.

Sumber PPBM memberitahu MalaysiaGazette bahawa PKR telah bersetuju untuk memberi laluan kepada partinya bertanding di DUN Lembah Jaya, Selangor yang sebelum ini dimenangi calon PAS, Khasim Abdul Aziz.

“Kami sudah memulakan kerja akar umbi disini dan memandangkan Pas sudah memutuskan kerjasama dengan Pakatan, maka kerusi di sini kosong.
dang wakil rakyat PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad.

Sementara itu, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan rundingan pembahagian kerusi antara parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH) telah hampir selesai.

“Sebagai contoh, bagi kerusi-kerusi Parlimen, kita harap pembahagian kerusi dapat dimuktamadkan sebelum akhir bulan ini.

“Bagi kerusi-kerusi negeri pula, prosesnya sudah bermula namun ia akan mengambil sedikit masa memandangkan terdapat banyak kerusi perlu diperhalusi terlebih dahulu,” katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas mengenai pemilihan calon perdana menteri, Muhyiddin berkata perkara itu amat penting malah ia turut dibincangkan di beberapa peringkat bagi mengenal pasti individu yang benar-benar layak untuk memimpin negara sekiranya PH menewaskan Umno-BN dalam PRU14 ini.

Beliau berkata, PPBM sememangnya sudah mempunyai pendirian mengenai perkara ini malah calon perdana menteri tersebut juga sebaiknya diumumkan sebelum PRU14 nanti. (TKO)

Posted by 

Subscribe to receive free email updates: