Update [Video Husam dedahkan Pas KENE TIPU Umno persempadan baru] SPR perlu jelaskan persempadanan, senarai pengundi diseleweng. >> Berita Malay 18

Ahad, 31 Disember 2017

SPR perlu jelaskan persempadanan, senarai pengundi diseleweng

SPR perlu jelaskan persempadanan, senarai pengundi diseleweng

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberikan penjelasan terhadap persempadanan kawasan pilihan raya dan senarai pengundi yang telah diselewengkan dengan tujuan untuk memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
Beliau berkata demikian dalam ucapan tambahannya sebelum merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan kali Pertama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang diadakan di IDCC Shah Alam.
Pengerusi Bersatu itu mendakwa, daripada kajian dilakukan Pakatan Harapan, senarai pengundi dalam PRU13 lalu sudah diselewengkan bagi tujuan menghadapi PRU14 kali ini.
Senarai seramai 3.9 juta pengundi pada PRU13 dakwanya, terdapat senarai yang tidak mempunyai alamat, tiada rumah, tiada penghuni, nama individu yang sama di seluruh negeri dan terdapat satu rumah yang diduduki oleh dua atau tiga kaum berlainan pada satu masa.
“Nama yang popular ‘Ismail’ dan ‘Fatimah’ – sebanyak 804 Ismail bin Ibrahim; 763 Fatimah binti Abdullah; 670 Abdullah bin Ismail; 654 Ismail bin Ahmad; 608 Ismail bin Abdullah; 551 Ismail bin Awang.
“Fatimah binti Ismail terdapat 206 di Kedah, 230 (Kelantan) 104 (Pahang dan 360 di Terengganu.
“Sebuah rumah ada tiga kaum menetap di situ. Rumah tiada langsung tetapi di rumah yang tiada itu ada penghuni. Ada rumah tiada nama jalan, mereka duduk ‘atas angin’.
“Di Negeri Sembilan di Dun Nilai sebuah rumah di Taman Melati ada 16 orang penghuni; 2 Melayu, 13 India dan 1 Cina duduk serumah. Ada sebuah rumah di Taman Kenangan penghuninya 2 Melayu dan 12 India.
“Oleh kerana itu sekarang ini, kita tidak boleh dapat senarai pengundi 2017 daripada SPR kerana mereka kata tidak ada fail (penyelewengan).
“Saya perlu dedahkan perkara ini, saya nak tanya SPR kenapa ada senarai pengundi seperti ini?” soalnya yang mendapat tepukan gemuruh dalam kalangan 983 perwakilan.
Menurut Pengerusi Pakatan Harapan ini lagi, bagi senarai pengundi di Pekan yang mana kawasan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak, didapati meningkat daripada  tahun 1999 sebanyak 35,832  pengundi tetapi pada 2013 bertambah menjadi 80,000 pengundi, dakwanya.
“Jika kita ambil kira ‘Malaysian Official No 1′ ambil kira kelebihan undi yang dimenangi majoriti 241 undi tetapi pada 2013 dia menang 35,000 undi.
“Saya ingat jika saya ada banyak medal… saya nak bagi dia `politic medal’.
“Terdapat di Pekan ini pengundi datang dari pelbagai tempat bukan sahaja di Pahang 36,000 tetapi terdapat tentera dan polis 5,000 dari lain-lain negeri 13,000, dari luar negara tidak diketahui (kerana ia dibulatkan) mungkin ada pengundi yang turun dari langit undi Datuk Seri Najib,” ujarnya disambut derai tawa perwakilan.
Justeru kata Dr Mahathir lagi, PRU14 menjadi hanya sandiwara semata-mata.
Jika Najib menang sekali lagi ujarnya, BN akan terus bersandiwara. Ini kerana tiada pengundi yang akan dapat mengundi di tempat mereka tetapi tanpa pengetahuan pengundi mereka akan dipindahkan.
“Saya baru balik dari Langkawi ada pengundi sebanyak 1,000 tinggal di Langkawi  mereka mengundi di Alor Merah kawasan Bashah (MB Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah). Dia fikir dia akan menang dengan pemindahan pengundi ini
“Mereka (pengundi) kata mereka akan pergi, mereka dapat makan sedap, diberi duit tol tapi mereka akan undi Pakatan Harapan,” ujarnya yang mendapat tepukan gemuruh perwakilan.
Dr Mahathir berkata Najib menafikan hak rakyat dalam pilihan raya dengan menafikan kuasa yang ada pada SPR.
“Saya percaya SPR tidak akan lakukan sebegini melainkan dengan arahan. Bukan sahaja penipuan ketara dilakukan Najib dalam PRU14 tetapi jika dia terus berjaya negara akan dijual,” ujarnya.
Beliau kemudian merasmikan Mesyuarat Agung Pertama parti itu hari ini dengan tiga kali memukul gendang simbol bermulanya himpunan yang diadakan sehari ini.
Perbahasan bermula jam 2 petang ini secara tertutup dalam kalangan perwakilan dan pihak media tidak dibenarkan hadir. Dijangkakan satu sidang media akan diadakan pada jam 6 petang ini.
MD.

Subscribe to receive free email updates: