Update [Video Isa Samad's karaoke video goes viral] MUHYIDDIN: BERSATU ada harapan umum KABINET BAYANGAN tak lama lagi. >> Berita Malay 18

Ahad, 31 Disember 2017

MUHYIDDIN: BERSATU ADA HARAPAN UMUM KABINET BAYANGAN TAK LAMA LAGI

Dengan bermusyawarah, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pakatan Harapan (HARAPAN) boleh mengumumkan bakal barisan kepimpinan mereka untuk ditawarkan kepada pengundi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Kata presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu pemilihan tokoh-tokoh terbabit perlu dibuat berdasarkan kehendak dan cita rasa rakyat.
“Seperkara lagi ingin diketahui oleh rakyat ialah barisan kepimpinan utama yang akan memimpin kerajaan HARAPAN selepas PRU nanti.
“Saya berharap dalam masa yang terdekat ini, setelah selesai semua proses musyawarah, kita akan dapat mengumumkan bakal barisan kepimpinan kerajaan HARAPAN dengan mengambil kira kehendak dan cita rasa serta pilihan rakyat,” katanya.
Muhyiddin berkata demikian di hadapan 941 perwakilan BERSATU semasa berucapan di perhimpunan agung tahunan pertama parti itu di IDCC Shah Alam, hari ini.
BERSATU ditubuhkan pada Ogos 2016 dan belum pernah mengadakan mesyuarat agung tahunannya sehinggalah hari ini.
Parti itu berdepan dengan risiko dibatalkan pendaftarannya jika gagal mengadakan perhimpunan tahunan seperti yang ditetapkan undang-undang.
Sokong penuh Dr Mahathir
Isu kepimpinan HARAPAN menjadi antara fokus utama dibincangkan gabungan empat parti itu ketika detik PRU ke-14 semakin hampir.
Kelmarin Malaysiakini melaporkan PKR secara prinsipnya bersetuju dengan cadangan HARAPAN untuk menamakan pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalannya jika gabungan pembangkang itu berjaya menumbangkan BN pada PRU ke-14.
Menurut sumber, keputusan itu dibuat pada mesyuarat Biro Politik PKR yang bertemu pada 19 Disember lalu.
Kata sumber itu cadangan bersyarat itu turut mendapat restu daripada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun sebahagian besar pemimpin PKR enggan mengulas kerana difahamkan terdapat arahan “menutup mulut” berhubung isu berkenaan.
Sementara itu Muhyiddin berkata pihaknya menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Dr Mahathir dalam barisan kepimpinan negara berdasarkan pengalamannya 22 sebagai perdana menteri.
“Bagi pihak BERSATU, saya ingin menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepda Dr Mahathir selaku pengerusi BERSATU dan Pengerusi HARAPAN untuk memainkan peranan utama dalam barisan kepimpinan kerajaan HARAPAN nanti.
“Berdasarkan pengalaman beliau memimpin Malaysia selama 22 tahun yang telah membawa Malaysia ke zaman kegemilangannya, kita tidak ragu-ragu bahawa beliau bersama-sama dengan pimpinan HARAPAN yang lain, akan meletakkan Malaysia kembali di landasan yang betul dan sekali lagi memimpin negara kita menuju gerbang kegemilangan,” katanya sambil menerima sorakan dari para perwakilan.
– M’kini
Malaysia Chronicle

Subscribe to receive free email updates: