Update [Video KOMENTAR: Isu Dedak RM90 Juta Claire vs Hadi] SPRM tangkap penyamun bukan jadi perkakas kepada penyamun. >> Berita Malay 18

Jumaat, 1 Disember 2017

Image result for Foto SPRM tangkap penyamun

SPRM tangkap penyamun bukan jadi perkakas kepada penyamun

SPRM tangkap penyamun bukan jadi perkakas kepada penyamun

ULASAN: Episod-episod mutakhir ini semakin jelas memberikan petunjuk bahawa Malaysia yang dipimpin oleh seorang penguasa dan ahli keluarga yang telah diketahui diserata dunia mencuri berbillion ringgit dari khazanah negara semakin terdesak dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencemarkan imej musuh2 politiknya.

Modus operandi dan matlamat politik penguasa desperado ini mudah dibaca.Lakukan apa sahaja asalkan imej musuh2 politiknya juga tercemar dan ranap seperti ranapnya imej beliau.
Maka dipergunakan segala kuasa yang masih ada padanya dengan menyerang musuh2 politiknya dengan siasatan dan tuduhan dan selepas ini tangkapan2 yang jelas bermotifkan politik semata-mata.
RCI Forex jelas merupakan perkakas politik, bermotif politik untuk mencapai cita-cita politik penguasa penyamun desperado ini. Hanya orang yang bodoh dan pemakan dedak yang sudah buta dan pekak sahaja yang tidak dapat melihat motif sebenar RCI.
Sebab itu seluruh dunia mentertawakan kita melihat isu 30 tahun lalu tiba-tiba menjadi isu besar hari ini dan jelas laporan RCI semalam memperlihatkan matlamat akhirnya ialah mengheret bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi musuh politik utamanya hari ini menjadi tertuduh dan tercemar imej mereka seteruk tercemarnya imej Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak hari ini.
Maka jadilah Malaysia sebuah negara yang mana pemimpin-pemimpinya semua kelihatan seperti penyamun.
Walhal hakikatnya ialah yang terbukti seorang penyamun adalah PM hari ini. Hanya di akaun peribadi dia duit berbillion masuk. PM-PM sebelum ini tidak pernah ditangkap mempunyai berbillion ringgit di dalam akaun mereka.
Siasatan dan tangkapan SPRM juga dilihat dalam modus operandi yang sama. Sebelum ini seorang bekas menteri yang digugurkan dan menjadi ancaman besar kepada negeri Sabah ditahan dan disiasat. Hampir kesemua nama-nama besar didalam partinya diheret sekali.
Semua orang yang berakal faham ianya bertujuan politik semata-mata kerana pengaruh tokoh ini dan pasukannya semakin mengancam kedudukan mereka.
Yang terbaru ialah tangkapan dan siasatan di Selangor semalam. Jelas ianya juga bertujuan politik kerana satu operasi biasa yang membabitkan syarikat biasa dengan urusniaga berjumlah sederhana tiba-tiba  menjadi isu luarbiasa. Serangan media terhadap Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamad Azmin Ali dilakukan secara habis-habisan dengan skrip tersusun rapi. Sekali lagi setiap orang yang berakal waras akan faham ini adalah serangan politik desperado.
Azmin diserang kerana ketokohan beliau memimpin Selangor semakin terserlah. Azmin bukan sahaja popular di Selangor malah pengaruh dan ketokohannya hari ini diakui diluar sempadan Selangor.
Roadshow Peduli Rakyat yang dipimpin beliau baru-baru ini di Utara dan Selatan tanahair mendapat sambutan kelas seorang pemimpin nasional.
Maka juak-juak pemimpin penyamun desperado ini pasti mengatur langkah membunuh reputasi seorang pemimpin yang semakin popular ini.
Hisbah ingin mengingatkan institusi kerajaan untuk kekal mempertahankan integriti pentadbiran dan jangan sekali2 terperangkap dan menjadikan diri mereka perkakas kepada penguasa penyamun ini. Rakyat hari ini tidak sebodoh yang disangka mereka.
Hisbah juga ingin menegaskan prinsip keadilan yang mesti dipertahankan oleh pentadbir-pentadbir kerajaan yang mengangkat sumpat taat setia kepada negara bukan kepada pemimpin negara yang sudah masuk kelas pemyamun terhebat dunia.
Saya sebagai bekas ahli jawatankuasa Parlimen mengenai tadbir urus SPRM juga mengingatkan SPRM untuk pertahankan profesionalisma mereka yang saya tahu sangat utuh dibina dizaman Tan Sri Abu Kasim. Sekali lagi saya ingatkan, jangan sekali2 biarkan diri kamu menjadi perkakas kepada penyamun. Kamu lebih tahu siapa sebenarnya penyamun paling besar di negara ini. Maka tangkaplah penyamun itu. Bukan menjadi perkakas kepada penyamun itu. Bertindaklah berasaskan dzamir dan sumpah kamu kepada negara ini.
*Penulis adalah Pengerusi Hisbah dan bekas  Ahli JK Parlimen SPRM 2010-14.
 Malaysia Dateline

Subscribe to receive free email updates: