Update Wala bukan pada pemimpin yang rasuah, pencuri dan kleptokrat >> Berita Malay 18


Ahli Umno dinasihatkan supaya tidak menerima bulat-bulat arahan Presiden mereka, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya wala atau taat setia kepada pemimpin parti.
Wala atau memberi taat setia kepada pemimpin yang rasuah, mencuri wang rakyat dan kleptokrat seolah-olah menggalakkan lagi amalan buruk tersebut dijadikan amalan tanpa merasa bersalah.
Wala bukan pada pemimpin yang rasuah, pencuri dan kleptokratDemikian dinyatakan oleh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pulau Pinang, Marzuki Yahya ketika ditemui Malaysia Dateline.
“Ucapan penggulungan Najib semasa Perhimpunan Agung Umno (Pau) minggu lalu boleh diibaratkan sebagai meminta sedekah yang bersungguh-sungguh daripada ahli beliau.
“Dengan harapan yang begitu menggunung kita dapat saksikan bagaimana Najib menggunakan istilah ‘wala’ khusus bagi mendapatkan sokongan yang semakin pupus.
“Najib sebenarnya sedar dan tahu Umno kini semakin tidak mendapat sokongan majoriti orang Melayu yang telah pun menyertai Bersatu, AMANAH dan juga PKR,” jelasnya lagi.
Malah atas kesedaran tersebut katanya, Najib terpaksa menggunakan pelbagai istilah yang sering digunakan oleh Pas bagi menarik sokongan ahli sebelum ini.
Ujar Marzuki lagi, wala seharusnya pada pemimpin yang tidak pernah dipersoalkan tentang ke mana perginya wang derma yang didakwa sebanyak RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadinya.
“Takkanlah hendak wala pada pemimpin yang masih dipersoalkan mengenai isu hutang 1MDB yang belum selesai dan menyebabkan negara berada dalam situasi yang amat meruncing.
“Apa lagi isu kedudukan MO1 yang dipertikaikan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat sehingga ia memalukan negara.
“Masakan perlu taat setia pada seorang pemimpin yang menzalimi rakyat dengan mengenakan cukai GST melampau terhadap rakyat yang miskin,” tanya beliau lagi.
Tegasnya lagi, sekiranya ahli Umno terus menerus memberikan taat setia kepada Najib, yakinlah mereka turut bersubahat dalam menganiayai rakyat marhaen dan golongan berpendapatan rendah.
Oleh itu katanya, rakyat negara ini tidak harus menjadikan Pau sebagai teladan kerana ia banyak menyimpang daripada kebenaran yang sebenarnya.
“Mana ada agenda rakyat miskin yang mereka bangkitkan dalam Pau tersebut.
“Tidak ada seorang pun daripada mereka yang peduli terhadap beban kos sara hidup yang semakin melampau menekan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :