Update Wanita Mahu Bunuh Diri Kerana Kekasih Online Tidak Muncul >> Berita Malay 18


SINGAPURA - Seorang wanita dikatakan cuba untuk membunuh diri dengan terjun dari bangunan kerana kekasih yang dikenalinya melalui media sosial tidak munculkan diri.

Difahamkan, wanita itu berbuat demikian dengan sanggup datang ke Taiwan untuk berjumpa kekasihnya pada jam 12.30 tengah hari pada Khamis, lapor media Taiwan.

Insiden mengenai wanita yang dikenali sebagai Chew, 37, juga turut dimaklumkan kepada Menteri Luar Singapura (MFA).

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di tempat letak kereta di Jalan Zhongli District's Yanping Road, Bandar Taoyuan di Taiwan.

Dan wanita itu dilaporkan berdiri di atas bumbung bangunan lima tingkat tersebut.

Pihak polis bergegas ke tempat kejadian bersama pasukan pertahanan awam sebaik menerima laporan mengenai insiden itu.

Namun polis dikatakan tidak dapat mendekati Chew kerana dia berada dalam keadaan yang tidak stabil.

Tidak lama kemudian mereka akhirnya berjaya memujuk wanita berkenaan untuk duduk dengan bahagian belakang badannya menghadap jalan raya.

Pasukan penyelamat bertindak menyembur air ke arahnya ketika Chew sedang leka lalu menyebabkab Chew jatuh ke tempat yang selamat.

Setelah itu pasukan penyelamat mendapatkan Chew dengan segera dan terus membawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Sumber: Mstar Online. Editor: Atila Atasha

Subscribe to receive free email updates: