Felda yakin berlaku penyelewengan dalam penukaran hakmilik tanahnya di Jalan Semarak dan telah membuat laporan polis mengenainya.
Pengerusi Felda Shahrir Samad berkata, selain laporan polis, Felda juga telah membuat permohonan kaveat persendirian ke atas tanah itu.
Jelasnya, ia dilakukan oleh syarikat yang diberi kuasa sebagai wakil Felda iaitu Synergy Promenade Sdn Bhd telah menjual sendiri tanah itu kepada syarikat lain yang dikuasai firma berkenaan.
Tegasnya, Felda tidak pernah menerima satu sen pun duit daripada urusniaga berkenaan, walau rekod jual beli menunjukkan tanah berkenaan dijual dengan nilai RM270 juta.
"Pemegang PA (surat kuasa wakil) menjual tanah itu kepada dirinya sendiri dan Felda yang memiliki tanah itu tidak menerima sebarang wang," kata Shahrir.
Kataya, Felda mengambil tiga tindakan – membuat laporan polis, membuat kaveat persendirian atas tanah itu dan berunding dengan syarikat berkenaan.
"Kita tidak akan berhenti dengan laporan polis sahaja tetapi juga tindakan sivil dan seterusnya mendaftar kaveat ke atas tanah itu di samping membatalkan PA kepada syarikat itu," tegas Shahrit.
Shahrir bercakap dalam sidang media di ibu pejabat lembaga tersebut petang ini bersama timbalan menteri di jabatan perdana menteri Razali Ibrahim.
Related Posts :
Update Profesori...don't 'run away', attend Rome Statute forum... >> Berita Malay 18
Student activist Asheeq Ali Sethi Alivi has challenged the four academics, who co-authored a paper which purportedly convinced the Con… Read More...
Update Tahniah!Tun M satu2nya pemimpin Asean diberi penghormatan berucap di Majlis Perasmian #BRF2019 di Beijing! Waktu PRU depa gempur PH, lps PRU mcm ni pulak kisahnya, Menteri PH jenis buta kayu kot! Alkisah Aizat k/tgn SPAD jadi mangsa? Mangsa kepala hotak dia [Video ACAP BUKAN DI AMBIL JIN GUA TEMPURUNG] >> Berita Malay 18
… Read More...
Update Kerajaan perlu henti beri muka kepada penjawat awam? >> Berita Malay 18
SAUDARA PENGARANG,
Malaysia adalah sebuah negara dengan jumlah penjawat awam yang tinggi berbanding penduduknya. Menjadi penjawat awam ad… Read More...
Update MUHYIDDIN PERLU BERSABAR UNTUK JADI PIEM >> Berita Malay 18
… Read More...
Update 'Kebahagiaan' PM ke 7 & PM ke 6, bukan biasher biasher! Najib keliru atau Najib dikelirukan? Bezanya PM skrg pergi luar negara ingin membantu ekonomi negara, PM dulu (Bossmu) pergi luar negara nak bantu ekonomi Amerika [Video PRK Sandakan guna logo DAP & Suruhanjaya air nafi laporan tarif air naik RM10 hingga RM15] >> Berita Malay 18Sabtu, 27 April 2019
Sinar TV
1.Unit khas belum bubar, 60% polis ditukarkan 2.PRK Sandakan guna logo DAP 3.Tak bayar cukai RM350,000, Diana… Read More...