Hal ini terjadi kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun yang dijodohkan dengan pasangannya berusia 15 tahun.
Sesuai dengan tradisi orang india, sebelum berkahwin kedua mempelai tidak boleh berjumpa dan pada hari perkahwinan wajah pengantin perempuan juga akan ditutup dengan kain.
Ketika kanak-kanak lelaki itu membuka penutup wajah isterinya dia merasakan beban yang besar kerana isterinya sangat cantik.
Walaupun baru berusia 13 tahun, dia harus menjadi seperti lelaki dewasa dimana dia harus bekerja mencari nafkah untuk isterinya sedangkan isteri di rumah mengurus rumah tangga.
Kanak-kanak lelaki itu dituntut untuk menyara diri sendiri dan keluarganya tanpa campur tangan orang lain.
Ia dianggap luar biasa kerana di negara lain berumur 13 tahun dituntut untuk pergi ke sekolah namun dia sudah bernikah dan perlu mencari nafkah. Editor:Farhana