KUALA LUMPUR: Seorang lelaki nekad untuk meletupkan rakan kongsinya dengan menggunakan bom tangan kerana bimbang syarikat nya jatuh muflis.
Walau bagaimanapun suspek berjaya ditahan oleh pihak polis selepas mangsa membuat laporan.
Pihak polis berjaya menahan suspek yang berusia 30-an di sebuah kondomonium dekat Jalan Kuchai Lama.
Hasil dari serbuan itu pihak polis berjaya merampas sebuah objek yang dipercayai bom tangan.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Roslan Khalid berkata, polis masih belum dapat memastikan sama ada bom tersebut palsu ataupun tidak.
"Bom itu pun kita belum pasti lagi sama ada bom palsu ataupun tidak dan kita sedang menjalankan siasatan lanjut
“Buat masa ini, untuk makluman semasa kejadian kita dah tutup semua blok (kondomonium) ini supaya jangan ambil risiko. Jadi sekarang ini unit bom dan unit K9 sudah memeriksa kawasan tersebut dan ia didapati selamat," katanya.
Objek yang dipercayai bom tangan itu telah ditemui tertanam di kawasan kondominum terbabit.
Motif sebenar kes ini masih didalam siasatan pihak polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api. Sumber: Astro Awani. Editor : Ila