Update Allah Masih Panjangkan Umur Kami Sekeluarga >> Berita Malay 18


SABAH – Sebuah rumah mengalami kebakaran di Jalan Rumah Murah Kepayan, Kota Kinabalu, pada petang ini melibatkan dua beranak namun mangsa bernasib baik apabila terselamat dari kebakaran tersebut.

Pemilik rumah yang bernama Hazian Manap, 43, berkata kejadian berlaku jam 3.30 menyebabkan rumahnya hampir 60 peratus musnah, namun bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

Pegawai operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu Jamaluddin Hussin berkata Mangsa menghubungi pihak bomba pada jam 3.33 petang dan selepas itu sepasukan 30 anggota dan tiga jentera dikejarkan ke lokasi kejadian untuk memberi bantuan.

“Sebaik tiba di lokasi, rumah berkenaan sedang terbakar dan operasi memadam terus dilakukan dan berjaya dikawal selepas 27 minit.”katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih belum diketahui dan masih dalam siasatan.

Difahamkan ketika kejadian, Hazian bersama seorang anak lelakinya berusia 12 tahun serta beberapa pekerja yang sedang membaiki rumahnya. Sumber: Mymetro , Editor:Farhana

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :