Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) mempersoalkan kewajaran Perbadanan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mahu membeli aset komersial dalam pembangunan Fasa 2, Battersea Power Station di London.

Timbalan ketuanya Faiz Fadzil (
bawah) berkata pembelian itu melibatkan transaksi hartanah terbesar dalam sejarah United Kingdom dan kosnya dikhuatiri meningkat berlipat kali ganda.
Justeru, katanya, rancangan itu sangat berisiko kepada rakyat Malaysia sebagai penyumbang kewangan utama KWSP dan PNB.
“Pembelian stesen janakuasa ini bukan sahaja menimbulkan persoalan sama ada ia bertujuan untuk menyelamatkan projek tersebut, bahkan sama ada ia sebagai usaha kerajaan menggunakan dana awam untuk mendapatkan dana pilihan raya BN dalam PRU ke-14 ini, memandangkan bayaran yang dibuat mencecah empat kali ganda daripada pembelian asal oleh SP Setia dan Sime Darby,” katanya.
KWSP dan PNB kelmarin menegaskan keputusan membabitkan rancangan pembelian aset komersial itu
dibuat secara bebas tanpa membabitkan sebarang campur tangan kerajaan.
Dalam kenyataan hari ini, Pemuda AMANAH juga menggesa kerajaan jujur dan mendedahkan perjanjian yang dibuat supaya tiada wang rakyat yang tiris dan membuktikan pembelian itu benar-benar mendatangkan keuntungan tinggi kepada rakyat.
Aset komersial yang dirancang dibeli itu bernilai £1.61 bilion (£1 = RM5.47) dan sedang dibangunkan.
Kedua-dua dana itu memeterai Perjanjian Dasar Induk dengan Battersea Phase 2 Holding Company –unit milik penuh Battersea Project Holding Co Ltd, syarikat sekutu 40 peratus SP Setia Bhd – untuk menimbang dengan teliti terma-terma jualan berpotensi, kata SP Setia dalam satu kenyataan akhbar semalam.
Aset itu akan dijual kepada sebuah syarikat usaha sama yang akan dibentuk antara PNB dan KWSP.
Related Posts :
Update [Video 'The Iron Man' PM Malaysia Selepas PRU14 & Hutang Malaysia Dah Mencecah RM1Trilion? Huh Dahsyat!] Cool, selepas pulang pingat Tun M mahu tonton wayang. >> Berita Malay 18Jumaat, 15 Disember 2017
Cool, selepas pulang pingat Tun M mahu tonton wayang
Selepas memulangkan kembali dua pingat yang diterimanya… Read More...
Update [Video Umno Pengkhianat! Nasib Melayu masih lagi begini, salah DAP ke? Kit Siang 'hadir' di PAU 2017] Politik Melayu yang 'Bingai'? PAU 2017 patut bincang ekonomi Melayu, bukan hentam DAP. >> Berita Malay 18
… Read More...
Update [Video 1MDB Rugikan Rakyat RM14.1 Bilion Sebab Najib Takkan Tuntut Balik Semua Rampasan Amerika!] 'Jho Low sambut tahun baru 2013 di dua negara pada malam sama’. >> Berita Malay 18Khamis, 14 Disember 2017
‘Jho Low sambut tahun baru 2013 di dua negara pada malam sama’
Ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang, Low Taek… Read More...
Update [Video Negaraku Politik Kartun & Kerajaan Kartun? Najib Takut Kepada Kartunis, Dia Haramkan Kartunis] Jangan termakan jerat Umno keruhkan hubungan PH dengan istana. >> Berita Malay 18Jumaat, 15 Disember 2017
Jangan termakan jerat Umno keruh hubungan PH dengan istana
Pemimpin Pakatan Harapan (PH) diingatkan supaya tida… Read More...
Update [Video Memang celaka najib memerintah & Kenapa Najib Umno Takut Kimberly Motly] Perdana Menteri Najib dan kisah Maharaja tanpa baju. >> Berita Malay 18Jumaat, 15 Disember 2017
Perdana Menteri Najib dan kisah Maharaja tanpa baju
Baju Baru Maharaja (The Emperor’s New Clothes) adalah kis… Read More...