Update APAKAH BERJUANG MESTI BERTANDING P/RAYA? >> Berita Malay 18

Semua orang yang dimulutnya selalu meluahkan perasaan tidak suka atau benci kepada Najib Razak, UMNO dan BN seharusnya turut sedar bahawa PRU 14 ialah mesti bermatlamatkan memenangkan Pakatan Harapan.

Hanya Pakatan Harapan merupakan satu-satunya alternatif kepada BN yang sudah rosak dan merosakkan negara ini.

Pas bersama Gagasan Sejahtera bukanlah alternatif untuk menjadi kerajaan kerana mereka hanya mahu bertanding 130 kerusi Parlimen serta ingin menang 40 daripadanya saja.

Maka, bukan saja memenangkan 40 kerusi kepada Pas suatu tindakan sia-sia, bahkan memberikan parti itu 4 kerusi saja pun turut merupakan tindakan yang tidak berguna.

Dalam usaha untuk memenangkan Pakatan Harapan, semua pihak yang ingin menolak Najib, UMNO dan BN mesti serta wajib memberi sokongan kepada gabungan yang dipengerusikan oleh Tun Mahathir itu.

Sokongan boleh diberi dengan pelbagai cara. Ada yang perlu bertanding dalam pilihanraya dan ada pula yang tidak perlu berbuat demikian.

Yang tidak bertanding, buatlah kerja mengikut kemampuan dan kesesuaian peranan masing-masing, yang penting matlamat menjatuhkan Najib, UMNO dan BN mesti menghasilkan kejayaan.

Bagi yang ada kedudukan, kelayakan serta mungkin jawatan tertentu dalam parti-parti yang menyertai Pakatan Harapan, peluang untuk mereka bertanding tentu saja lebih cerah berbanding rakan-rakan lain yang tiada apa-apa atau hanya bergerak secara bebas, tetapi tetap mempunyai matlamat yang sama.

Sehubungan itu, tindakan Ezam Mohd Nor yang dilaporkan mahu bertanding di Shah Alam atas tiket Bebas dalam pilihanraya akan datang, kononnya untuk menyuarakan isu-isu rasuah, tentu saja dikira tidak wajar dalam konteks menggerakkan rakyat menumbangkan Najib, UMNO dan BN.

Apakah isu-isu rasuah hanya boleh disuarakan oleh Ezam dengan menyertai pilihanraya saja?

Bukankah banyak cara dan medium lain boleh digunakan untuk menyuarakan isu-isu rasuah sebagaimana yang diinginkannya itu?

Lagi pula, bolehkah Ezam menang dengan bertanding atas tiket Bebas di Shah Alam?

Macam mana kalau tewas?

Bagaimana pula jika dengan penyertaannya itu akan memberi kelebihan kepada BN untuk menang di Shah Alam nanti?

Sehubungan itu, adalah dicadangkan agr lebih baik Ezam menumpukan usahanya membantu kerja-kerja kempen Pakatan Harapan secara menyeluruh berbanding menyertai pilihanraya kerana ia lebih berkesan dalam misinya untuk memerangi rasuah sebagaimana yang diinginkannya itu.

Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :