Selama ini mungkin ada di antara kita yang pernah membeli laksa berjenama Cap Kunci atau pernah dihidangkan dengan laksa jenama ini ketika anda makan di mana-mana medan selera sedangkan anda tidak mengetahui bahawa laksa ini memudaratkan kesihatan.
EHH Food Industry Sdn.Bhd telah dikenakan denda sebanyak RM10,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur kerana telah menjual jenama terbabit yang dipercayai didalam nya terkandung bahan pengawet yang tidak dibenarkan dan ia nya boleh menyebabkan penyakit barah.
Walau bagaimana pun, Majistret Zuhair Rosli telah menjatuhkan hukuman terhadap pengilang makanan berkenan yang telah diwakili oleh penyelia operasinya, Oh Ching Hai setelah mengaku bersalah mengikut Seksyen 13B(1) bersama Seksyen 13B(2)(d) Akta Makanan 1983.
Syarikat tersebut dikatakan telah berjaya menjual tiga bungkus jenis laksa pendek di pasaran yang berjenama Cap Kunci, dipercayai mengandungi bahan pengawet asid benzoik yang tidak dibenarkan menurut Peraturan-peraturan Makanan 1985.
Menurut laporan yang diterima pihak berkenan melakukan kesalahan ini di sebuah pasar raya di Jalan Metro Prima, Kepong , Kuala Lumpur pada 10 pagi dan 22 Ogos 2017 yang boleh dijatuhkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara tidak lebih lima tahun.
Pihak mahkamah turut memerintah kan harta syarikat yang bernilai RM10,000 disita jika pihak berkenan gagal membuat pembayaran. Syarikat itu yang tidak diwakili oleh peguam telah melunaskan denda tersebut.
Menurut fakta yang diperolehi dari kes ini, seorang pegawai serbuan kesihatan telah pergi ke pasar raya yang dikatakan menjual laksa berkenaan dan membeli tiga bungkus laksa pendek jenama Cap Kunci dengan harga RM 5.40 tujuan nya adalah untuk dianalisis.
Ternyata laksa berkenaan mengandungi asid benzoik sebanyak 514mg/kg iaitu sejenis bahan pengawet yang tidak dibenarkan didalam makanan sekali gus laksa ini tidak mematuhi Akta Makanan 1985.
Rosli Arsyad Mohd Jaafar, Pegawai Pendakwa dari Pejabat Kesihatan Wilayah Persekutuan,telah memohon hukuman maksimum yang dikenakan terhadap syarikat tersebut kerana mengabaikan kepentingan kesihatan orang ramai.
“Asid benzoik merupakan bahan pengawet yang memang tidak dibenarkan mengikut peraturan kerana boleh menyebabkan kerengsaan, asma dan penyakit barah sekiranya dimakan dalam tempoh masa panjang,” kata beliau.
Bagaimana pun menurut laporan Syarikat EHH Food Industry ada membuat permohonan supaya dikenakan hukuman denda yang rendah. Sumber: Mynewshub. Editor: Ila