CYBERJAYA: Kongres Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia merayu kerajaan membenarkan guru Gred 41 dan ke atas memegang jawatan dalam kesatuan perguruan.
Presidennya, Datuk Mohamed Sabri Mohd Arshad, berkata berdasarkan Akta Kesatuan Sekerja 1959, mereka dalam gred berkenaan tidak dibenarkan memegang jawatan dalam mana-mana kesatuan.
"Akta berkenaan sudah lama dikuatkuasakan, tapi tidak sepenuhnya diguna pakai apabila tolak ansur diberikan kepada pihak kesatuan. Baru-baru ini, ada arahan diterima menerusi surat daripada Kementerian Sumber Manusia.
"Ia menimbulkan masalah kepada kami termasuk kesatuan perguruan lain kerana kini tiada lagi guru bukan siswazah. Kebanyakan mereka adalah dalam Gred 41 ke atas," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Mohamed Sabri berkata, untuk mencari pengganti juga sukar kerana tiada guru bukan siswazah yang sanggup meneruskan tampuk kepemimpinan kesatuan perguruan.
"Dengan mengguna pakai akta itu, semua guru Gred 41 ke atas yang memegang jawatan dalam kesatuan mungkin perlu meletakkan jawatan. Untuk mencari pengganti pula adalah sukar.
"Justeru, kami merayu kepada kerajaan terutama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa supaya mempertimbangkan perkara ini," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, sehingga kini, terdapat sebanyak lapan kesatuan perguruan di negara ini dengan keahlian dianggarkan lebih 300,000.
"Kesatuan ini penting kerana selain menjaga kebajikan guru, kami sebagai rakan strategik Kementerian Pendidikan dan kerajaan termasuk memberi pandangan berkaitan dasar dalam memperkukuh dan menambah baik sistem pendidikan negara," katanya.
Sumber; Berita Harian

loading...