Update Bengkel Cat Kereta Lokasi Melepaskan Gian >> Berita Malay 18


TERENGGANU : Sebuah bengkel kereta mengecat kereta di Kampung Sentosa, Besut sebagai lokasi melepaskan gian dadah dan melepaskan nafsu mereka terbongkar selepas sepasang janda dan duda ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), semalam.

Pada serbuan jam 6.30 pagi, janda berusia 27 tahun itu ditemui berkain pelekat manakala si duda berumur 30 tahun bersembunyi di bawah katil.

Ketua Pegawai AADK Besut Normayati Mat Nawi berkata, serbuan dibuat hasil maklumat orang awam berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah di bengkel berkenaan.

“Ujian saringan air kencing mendapati pasangan itu positif dadah jenis methamphetamine.

“Difahamkan, wanita itu dipercayai sudah dua kali berkahwin sebelum berpisah dengan pasangannya, dia mempunyai seorang anak dan dijaga oleh bekas suami pertama,” katanya hari ini.

Menurut beliau, siasatan turut mendapati pasangan itu mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau seperti dadah di Kelantan. Kedua-duanya kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Sumber: Harian Metro - Editor: Amylea Nazrul

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :