Jawatankuasa Rayuan Derma Darah /HIV Aids dengan kerjasama Persatuan Bulan Sabit Malaysia (PBSM) Negeri Pahang telah menganjurkan Program Sehari Bersama Masyarakat kelmarin, bagi mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat di daerah ini.
Pengerusinya, K Kharthigeyan berkata, program tahunan itu juga bertujuan menggalakkan orang ramai menderma darah bagi membantu golongan memerlukan.
“Melalui inisiatif ini, kami berharap dapat menangkis stigma-stigma yang sering dikaitkan dengan pendermaan darah.
“Antaranya termasuk menderma darah boleh memudaratkan kesihatan penderma, menyebabkan kesakitan atau bertentangan dengan agama. Apa pun, kami harap dengan program ni, kami dapat capai lebih daripada sekadar peningkatan bilangan penderma,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di sini, kelmarin.
Menurutnya, selain derma darah, orang ramai juga boleh ikuti pelbagai aktiviti lain antaranya pemeriksaan kesihatan percuma, ujian indeks jisim badan (BMI), ceramah kesihatan dan motivasi pelajar tentang kesedaran kesihatan di samping aktiviti di reruai pameran.
“Melalui aktiviti yang telah dijalankan, diharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan menjaga kesihatan," katanya.
Related Posts :
Update [LIPIS] MB PAHANG LAWAT MANGSA BANJIR >> Berita Malay 18
Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail menziarahi mangsa banjir kilat di pusat pemindahan banjir Sekolah Kebangsaan (SK) … Read More...
Update [LIPIS] MB PAHANG LAWAT MANGSA BANJIR >> Berita Malay 18
Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail menziarahi mangsa banjir kilat di pusat pemindahan banjir Sekolah Kebangsaan (SK) … Read More...
Update APA DAP NAK , BAGI JE, SOKONG JE, BIAR MALAYSIA JADI MACAM SINGAPORE >> Berita Malay 18
MALAYSIA NI ELOKLAH JADI MACAM SINGAPORE, JADI REPUBLIC, PAKAI PRESIDEN, RAJA-RAJA HAPUS, SULTAN JUGA HAPUS DAN TAK PERLU DIPERTAHANKAN !… Read More...
Update Orang gila sokong ICERD – Pakar Perlembagaan Persekutuan, Abdul Aziz >> Berita Malay 18
ABDUL AZIZ ABDUL RAHMAN
KUALA LUMPUR 11 Nov. – Mana-mana pihak yang menyokong Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala… Read More...
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2018/11/update-bekas-ketua-polis-negara-melayu.html">Update Bekas Ketua Polis Negara: "Melayu bangga isytihar MUSUHnya Melayu sendiri" >> Berita Malay 18
Luahan hati mantan Ketua Polis Negara TS Musa Hasan terhadap perkembangan mutakhir di tanahair yang sangat membimbangkan.
Kerana kua… Read More...