Update 'Bila orang Islam, Melayu nak maju?' >> Berita Malay 18

 Malaysiakini 7/1/18

 Sebahagian masyarakat Melayu di negara ini masih dibayangi sentimen perkauman untuk menentukan sokongan politik walaupun saban minggu mendengar nasihat agama yang disampaikan melalui khutbah Jumaat.



Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu berkata dalam keadaan diperdengarkan dengan ajaran Islam itulah sesetengah orang Melayu terus membiarkan amalan rasuah berlaku di kalangan pemimpin.
Pada masa sama katanya BN pula memainkan sentimen perkauman dengan menakut-nakutkan orang Melayu kepada Cina serta DAP.

"Bila orang Islam nak maju? Bila orang Melayu nak meningkat?
"Mereka (BN) akan kata: tak boleh, kita tak boleh jatuhkan Najib sebab walaupun dia rasuah, dia orang Melayu. Kalau tidak nanti Lim Kit Siang jadi perdana menteri," katanya semasa berucap di Konvensyen Pakatan Harapan (HARAPAN) di Shah Alam hari ini.

Menurut Mohamad propaganda perkauman seumpama itu memang dimainkan Umno serta BN sejak beliau belajar di sekolah rendah dan berterusan hingga kini.

Sementara itu Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata parti itu tidak akan melupakan Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun Pakatan Harapan (HARAPAN) menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri.

"Kita semua benar-benar menawarkan alternatif yang kukuh untuk mencabar BN.
"Saya nak sebut di sini, DAP sentiasa bersama Anwar. Kita tidak akan melupakan beliau," katanya di pentas yang sama.

Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang menjelaskan, untuk mengalahkan BN dalam pilihan raya umum akan datang semua pihak perlu menggembleng tenaga untuk mendapatkan peluang berkenaan.
"Sekiranya kita nak tumbangkan BN yang sekarang ada kawan baru iaitu PAS, kita perlu gemblengkan segala tenaga sedia ada, baru kita ada peluang untuk berjaya," katanya.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :