Update Bolehkah perjuangan agama dengan maki hamun? >> Berita Malay 18

Soalan: Dr Asri, maaf ganggu. Terima kasih baca e-mel saya. Nak tanya. Saya dapati terdapat pihak yang kononnya berjuang Islam tapi selalu maki-hamun orang lain. Pengikut mereka juga mempunyai akhlak yang sama. Ulasan dan komen mereka suka nak maki orang yang tak satu pendapat ataupun jemaah dengan mereka. Kadang sampai panggil siapa tak sokong perjuangan mereka ‘musuh Allah’, padahal kami hanya tak setuju dengan cara mereka bukan tak setuju Islam. Ada yang kata nak tegakkan Islam kena tegas sebab itu mereka selalu cakap kasar, jerit dan maki orang lain. Ada kata tegas macam Saidina Umar. Betul ka macam tu? Kadang-kadang saya tengok sampai mencarut dan terjerit-jerit memaki orang lain. Kenapa perkara macam tu boleh jadi bila orang berjuang Islam, undang-undang Islam, syariat Islam? Macam itukah perjuangan Islam?

Ezlan
Shah Alam

Jawapan Dr Asri:
Hasrat ingin menegakkan agama, jika benar-benar wujud merupakan sesuatu yang terpuji. Bahkan kita dituntut untuk menegakkan agama ini. Namun kita mesti faham apakah yang dikatakan Islam yang hendak ditegakkan itu. Seterusnya, hendaklah kita faham semua perkara ada disiplinnya. Di medan peperangan yang begitu getir dan sukar dikawal pun, Islam menetapkan disiplin-disiplin tertentu yang wajib dipatuhi. Kesemua disiplin tersebut bagi menunjukkan bahawa kita berjuang kerana Allah, maka kita mengikut kehendak dan peraturan Allah. Di samping itu, ia menunjukkan bahawa Islam merupakan agama yang bertamadun dalam pengajarannya.

Untuk menjawab persoalan ini, saya ingin menyebut beberapa perkara penting di sini:
Jika benar-benar sesuatu perjuangan dilakukan kerana Allah, pasti mereka yang mendakwa itu akan mengikut Allah. Ini kerana perjuangan Islam bertujuan mencari keredhaan Allah. Seperti apabila kita bersolat kita ingin mendapat keredaan dan pahala dari Allah, maka kita ikuti rukun dan segala peraturan solat. Kita elakkan perbuatan yang boleh membatalkan solat. Demikianlah sepatutnya jika sesuatu perjuangan itu bertujuan mencari keredaaan Allah. Firman Allah (maksudnya):

“Dan katakanlah (Wahai Muhammad) kepada hamba-hamba-Ku (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik sesungguhnya syaitan itu sentiasa menghasut antara mereka, sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia.” (al-Isra: 53).
Kata Ibn Kathir ketika mentafsirkan ayat ini: “Allah memerintah Rasulullah SAW memberitahu kepada hamba-hamba Allah agar berkata dalam ucapan dan perbincangan mereka ungkapan yang terbaik dan kalimat yang baik. Jika itu tidak dilakukan, syaitan akan menghasut mereka. Maka ucapan itu akan membawa tindak balas, berlaku keburukan, permusuhan dan peperangan.” (Ibn Kathir, 5/87. Mekah: Dar al-Taybah).
Seseorang boleh, bahkan disuruh membantah ataupun mengkritik sesuatu perkara yang salah. Namun, agama mengajar agar kita berdisiplin dalam ucapan dan ungkapan kita. Sekumpulan Yahudi datang bertemu Nabi SAW dan memberi salam dengan mengucapkan as-sam alaikum yang bermaksud “maut ke atas kamu”. Nabi SAW menjawab “wa alaikum” sahaja. Isteri Nabi, Aishah yang perasan dengan mainan ucapan salam mereka itu menjawab “as-sam ‘alaikum wal la’nah”, maksudnya maut dan laknat ke atas kamu.

Nabi SAW bersabda:
“Nanti dahulu wahai Aishah! Sesungguhnya Allah suka sikap lunak dalam semua perkara.”

Jawab Aishah: “Wahai Rasulullah! Engkau tidak dengarkah apa mereka kata?”

Sabda Nabi SAW: “Aku telah pun jawab ‘wa alaikum’ (ke atas kamu).” (riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Orang yang suka memaki orang lain merupakan golongan yang fasik (golongan pendosa). Mereka bukanlah penegak agama sebaliknya untuk memenuhi kehendak nafsu sendiri. Ini kerana tindakan mereka itu menjadikan diri mereka itu fasik iaitu pendosa, padahal mereka itu kononnya membantah orang yang melakukan dosa.

Dalam riwayat al-Tabarani dari al-Mu’jam al-Kabir (maksudnya):

Nabi SAW pernah hadir dalam suatu majlis orang Ansar. Padanya ada seorang lelaki yang terkenal dengan suka memaki hamun. Nabi SAW pun bersabda:

“Memaki orang Muslim itu perbuatan fasik dan memeranginya perbuatan kufur.”
Tujuan dakwah, nasihat, kuliah agama untuk mencari pahala. Sedangkan, maki-hamun mendatangkan dosa dan mengikis pahala yang ada. Maka, sudah itu bukan perjuangan menegakkan Islam. Sabda Nabi SAW:

“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada hari kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).
Apabila kita melihat seseorang melakukan dosa, maka kita menegah dan mengkritik perbuatannya. Namun begitu kita tidak boleh berlebihan mencercanya, kerana ada kemungkinan di sudut yang lain, dia lebih baik ataupun ada kebaikannya yang lain.

Dalam hadis al-Imam al-Bukhari, Rasulullah SAW mengajar kita hakikat ini (maksudnya):
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :