Update Calon PM: Hanya jika semua parti setuju, kata Dr M >> Berita Malay 18

Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan yang beliau hanya akan menjadi calon perdana menteri Pakatan Harapan (HARAPAN) hanya jika mendapat persetujuan kesemua parti komponen.
"Saya akan ikut keputusan kesemua empat parti," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.
Beliau ditanya berkenaan laporan Malaysiakini semalam yang tiga daripada empat parti komponen HARAPAN bersetuju untuk menamakannya sebagai calon perdana menteri dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon timbalan perdana menteri.
Beliau bagaimanapun mendakwa tidak tahu sama ada PKR yang masih tidak bersetuju dengan cadangan itu dan sebabnya.
"Saya tidak tahu, kerana mereka tiada memaklumkan apa-apa," katanya lagi.
Malaysiakini semalam melaporkan HARAPAN mungkin mengumumkan calon perdana menteri dalam konvensyen gabungan itu Ahad ini.
HARAPAN dijangka mengumumkan Mahathir sebagai calon rasmi mereka.
Namun, Malaysiakini dimaklumkan tiada kesepakatan sama ada Dr Mahathir perlu dinamakan sebagai "perdana menteri sementara" atau tidak.
Seorang sumber yang terlibat dalam perkara itu mendakwa pengumuman itu tidak akan diteruskan jika konsensus berhubung soal itu gagal dicapai pada mesyuarat Majlis Presiden HARAPAN Khamis ini.
Ketika ditanya sama ada HARAPAN akan dapat meneruskan pengumuman itu nanti, Mahathir berkata keputusan akan dibuat ketika mesyuarat esok.

Subscribe to receive free email updates: