Update Empat Gambar Lelaki Di Tetak Di Kedai Makan >> Berita Malay 18


Seorang lelaki pemandu lori ditetak beberapa orang lelaki bertopeng ketika sedang makan di restoran di Sungai Sembilang, Jeram, Kuala Selangor, semalam.

Pada siasatan awal, pihak polis berkata ketika kejadian 9 malam itu, mangsa, S Mohan, 27 makan bersama tiga rakannya.

Empat lelaki memakai topeng yang menaiki Perodua Myvi serta membawa parang tiba-tiba datang ke arah mereka.

"Tiga rakan yang diserang berjaya melarikan diri, namun mangsa tidak sempat berbuat demikian dan menyebabkan dia ditetak oleh kumpulan individu berkenaan," kata ketua polis

Menurut ketua polis, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada 9.45 malam.

"Mangsa yang parah dihantar ke Hospital Sungai Buloh, namun disahkan meninggal dunia pada 11.10 malam," katanya.

Pihak polis masih menyiasat motif kejadian dan mengesan rakan mangsa bagi membantu siasatan.

"Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya. Editor:Farhana






Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :