Update Gara-Gara Diugut, Bakal Pengantin Nekad Minum Racun. >> Berita Malay 18


INDIA: Seorang bakal pengantin telah merakamkan saat-saat genting di mana dia bertindak meminum racun sebelum rakaman tersebut dihantar kepada bekas teman lelakinya.

Kejadian ini berlaku di rumahnya sendiri di Rohini, India apabila mangsa Nisha Devidas telah meminum secawan cecair pekat yang dipercayai itu adalah racun dan dia disahkan telah meninggal dunia.

Bagaimana pun, Devidas dipercayai akan berkahwin dalam masa 10 hari lagi dengan seorang lelaki yang tidak didedahkan identitinya.

Menurut abang kepada mangsa iaitu, Ravi Kavle mendakwa bahawa adiknya itu telah menderita kerana diugut oleh bekas teman lelakinya, Nikhil Borkar dan akibat tidak tahan dengan ugutan tersebut dia memutuskan untuk mengambil nyawanya sendiri.

Kavle yang masih dalam keadaan sedih berkata: "Perkahwinan adik saya akan diadakan pada 4 Februari tetapi dia mati hanya 10 hari sebelum majlis."

"Seorang remaja bernama Nikhil Borkar bertanggungjawab atas kematian kakak saya. Dia menghantar mesej dan mengugutnya."

Tambahnya lagi, dia mendakwa bahawa adiknya itu bertindak sedemikian kerana sudah bosan serta sudah putus harapan untuk terus hidup dan dia berharap agar Borkar segera ditangkap pihak berkuasa.

Dalam pada masa yang sama, polis berkata bahawa mereka sedang menyiasat kejadian itu dan masih membuat keputusan sama ada mereka akan menyiasat Borkar ataupun tidak.

Mayat Devidas telah ditemui oleh orang yang tidak dikenali yang kebetulan melalui kawasan rumahnya dan dia dikejarkan ke Hospital Umum Daerah Bhandara tetapi telah disahkan meninggal sebelum tiba di hospital berkenaan. Sumber: Mstar Online, Editor: Amira



 Nisha Devidas  killed herself at home in the western Indian village of Rohini

 Nisha was rushed to District General Hospital in Bhandara, but was pronounced dead upon arrival

 Nisha's relatives are pictured crying at her vigil


Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :