Update GST untuk selamatkan kleptokrat Umno-BN bukan rakyat >> Berita Malay 18


Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Haji Mahfuz Omar menyifatkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika berucap di majlis Hari Kastam Sedunia ke-36 baru-baru ni sebagai ‘bangang’ dan tidak bertanggungjawab.
Najib Razak ketika berucap pada majlis berkenaan menyatakan negara selamat sebab Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), jika tanpa GST negara sudah tentu terjerumus dalam kancah kegawatan ekonomi.
GST untuk selamatkan kleptokrat Umno-BN bukan rakyat, kata MP Pokok SenaBetapa ‘bangangnya’ pemimpin Umno-BN memerintah Malaysia apabila hanya bergantung pada pendapatan hasil negara daripada cukai GST, kata Mahfuz dalam kenyataan medianya hari ini.
“Kenyataan pelaksanaan GST dapat menyelamatkan negara daripada terjerumus dalam kancah kegawatan ekonomi negara menunjukkan bahawa kerajaan telah gagal dalam mengurus tadbir ekonomi negara sehingga terpaksa memerah keringat rakyat.
“Saya berpendapat kenyataan beliau merupakan kenyataan pemimpin yang tidak bertanggungjawab terhadap rakyatnya.
“GST bukannya menyelamatkan negara, tetapi penyelamat pemimpin kerajaan Klaptokrat UmnoBN,” kata beliau.
Katanya lagi, GST digunakan untuk menutup dan menampung kehilangan, ketirisan dan kecurian wang negara oleh pemimpin negara sendiri di mana ianya menjadi punca Malaysia terjerumus ke jurang kegawatan ekonomi.
“Melalui GST kerajaan tidak perlu bersusah payah memerah otak dan keringat mencari sumber kewangan negara melalui pelbagai industri, menyuburkan ruang ekonomi dan pendapatan negara, meningkatkan produk dalam dan luar negara, tetapi cukup hanya dengan polisi yang menekan rakyat, kerajaan sudah boleh menuai hasil yang lumayan.
“Sebegitu mudah seorang pemimpin negara menyandarkan kepada cukai terhadap rakyat sebagai pemangkin menyelamatkan ekonomi negara,” kata beliau.
Jika begini mentalitinya sambung beliau, sesiapa pun boleh jadi pemimpin, apabila ekonomi berada dalam keadaan gawat akibat skandal ‘rompakan mega’ wang dan khazanah negara maka rakyat dijadikan sasaran paling utama untuk dimangsakan.
Sepatutnya seorang pemimpin negara berjuang siang dan malam menjaga kebajikan rakyat dengan mendahulukan rakyat dan membiarkan diri dan kerajaan dalam keadaan susah, bukannya memangsakan rakyat untuk menyenangkan diri sendiri dan kroni serta kerajaannya, jelasnya.
“Alasan paling ampuh dan jengkel yang dinyatakan adalah GST digunakan untuk menyusun segala program untuk rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
“Ianya produk kerajaan BN kepada rakyat dengan anggaran RM6 bilion setahun sedangkan projek BR1M bukan semua rakyat yang layak mendapatnya, manakala hasil GST yang berjaya dipungut dari semua lapisan masyarakat pada tahun lalu sebanyak RM44 bilion berbanding RM41 bilion tahun 2016.
“Jumlah yang diberi pula hanya ramuan kecil, sedangkan ramuan yang besar diambil oleh kerajaan, dan pelbagai subsidi lain ditarik balik.
“Adakah tindakan kerajaan ini cerdik dalam membuat polisi yang akhirnya menekan kehidupan rakyat?” soal beliau.

Subscribe to receive free email updates: