SHAH ALAM: Syarikat pengimport kayu bakau di Banting telah disyaki menggunakan dokumen palsu. Syarikat tersebut juga telah mendapat permit dari Indonesia untuk membawa kaya bakau dari negara jiran.
Penemuan lebih 20,000 batang kayu bakau oleh Ketua Unit Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Mohd Yussainy Md Yusop ketika mengadakan lawatan kerja luar semalam.
Syarikat itu telah didapati menyimpan kayu bakau melebihi 20,000 batang.
"Dalam satu Lawatan Kerja Luar Sempena Mesyuarat Jawatan Kuasa Pemantauan Operasi Hutan oleh Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, Datuk Nor Akhirrudin Mahmud petang semalam, kami telah melakukan pemeriksaan terhadap sebuah jeti pendaratan kayu bakau.
"Ketika lawatan, kami menemui kayu bakau melebihi 20,000 batang di situ. Kayu itu dipercayai dibawa masuk dari negara jiran," katanya.
Pengarah Perhutanan Negeri Selangor, Dr Mohd Puat Dhalan turut sama menyertai tinjauan ini.
Yussainy berkata, syarikat itu juga mendakwa mempunyai tiga kebenaran import kayu bakau berjumlah 60,000 batang pada tahun 2017, dokumennya dikemukakan kepada agensi berkaitan termasuk kepada Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.
Anggaran nilai semasa bagi setiap satu kayu bakau itu berjumlah RM 10.
Arahan sudah pun dikeluarkan supaya lawatan kerja luar ke Indonesia diadakan bagi mempelajari dan mengenal pasti jenis kayu bakau dari Indonesia yang diimport oleh negara Malaysia.
Pemantauan berterusan akan dijalankan oleh Penguatkusa Jabatan Perhutanan Negeri Selangor jika syarikat itu menggunakan dokumen palsu.
Tindakan serta undang-undang akan diamabil segera oleh pihak berkuasa. Sumber: Berita Harian.Editor: Ila