BONGAWAN: “INILAH saat yang paling dinanti-nantikan, kami akhirnya sah bergelar suami isteri." Berikut adalah kata-kata Mohd Nasir Ahmad, 52, yang telah selamat menikahi wanita kurang upaya (OKU), Dg Patimah Matali, 47, di Kampung Nyaris-Nyaris, Bongawan, hari ini.
Menurut Mohd Nasir, dia menerima seadanya isterinya itu dan tidak pernah kisah walaupun isterinya itu dilahirkan tanpa kaki dan tangan sejak kecil dan dalam pada masa yang sama dia akan sentiasa berusaha untuk menjadi ketua keluarga yang baik.
Dalam pada masa yang sama, dia juga berasa sangat teruja dan sedikit gementar ketika mana dia terpaksa mengulangi lafaz akad nikah di hadapan imam sebanyak dua kali pada majlis yang dihadiri lebih 100 orang ahli keluarga serta para tetamu.
"Lafaz nikah bukan sekadar kata-kata malah ianya satu janji sebagai amanah menjaga isteri."
"Saya menerimanya seadanya dan berharap jodoh perkahwinan ini kekal hingga ke jannah," katanya ketika ditemui selepas majlis persandingan di rumah keluarga isterinya, hari ini.
Mohd Nasir mengakui bahawa mereka mulai rapat selepas keluarga mentua, Matali Ismail, 88, dan Dayang Salmah Pangiran Hassan, 73, sering mengajaknya untuk makan bersama-sama sebelum menetapkan untuk bertunang dua bulan yang lalu.
Tambahnya, pengalaman pernah berkahwin dua kali sebelum ini juga banyak memberi pengajaran kepadanya supaya lebih menghargai pasangan dan bijak untuk menguruskan rumahtangga.
Sementara itu, isterinya Dg Patimah berkata, bahawa dia merasa sangat bersyukur kerana akhirnya dia telah sah bergelar isteri kepada Mohd Nasir.
Dia juga dalam pada masa yang sama berharap supaya sikap lelakinya yang lemah lembut dan penyabar itu akan berkekalan selamanya walaupun mereka menempuh pelbagai dugaan dan cabaran sepanjang berumahtangga.
"Sudah pasti saya sangat gembira apabila Mohd Nasir sudi memperisterikan saya dan berdoa supaya kami dikurniakan cahaya mata selepas ini," katanya. Sumber: Mymetro, Editor: Amira
Related Posts :
Update [Video Tiga Abdul 1964] Kamu tahu kan dia tu PENIPU, Yang kamu bijak pandai yang boleh kena tipu dengan dia tu pasal apa? Umno dan Pas fikirkan semula himpunan 8 Disember & ICERD dah selesai, nak berhimpun dan menjerit-jerit untuk apa lagi? >> Berita Malay 18Rabu, 28 November 2018
Suara Rakyat
"Kamu tahu kan dia tu PENIPU. Muka dia pun muka PENIPU. Yang kamu bijak pandai yang boleh kena tipu de… Read More...
Update [Video Sami kuil-Tak ada kena mengena dengan kami] 'KING of the WAR' Repet abah kau la...! Mael dah ke dalam & Bagaimana Adib cedera? Terdapat percanggahan dakwaan... >> Berita Malay 18Rabu, 28 November 2018
Bagaimana Adib cedera?
Terdapat percanggahan mengenai dakwaan berhubung punca sebenar anggota Jabatan Bomba da… Read More...
Update [TAMBAH GARAM PADA LUKA] Badan bertindak kuil dakwa anggota bomba cedera akibat kemalangan >> Berita Malay 18
SUBANG JAYA - Badan bertindak Kuil Sri Maha Mariamman mendakwa anggota bomba yang cedera dalam insiden rusuhan di hadapan kuil berk… Read More...
Update Adakah Guru Besar sekarang ini tidak berintegriti? >> Berita Malay 18
Gambar hiasan
SAUDARA PENGARANG,
KENYATAAN Kementerian Pendidikan baru-baru ini yang menyebut pihaknya hanya akan memilih guru b… Read More...
Update [Video Peguam ambil 'budak Melayu' diupah RM150 hingga RM300 seorang ceroboh kuil] TU DIA! Gara-gara sebab RM150,000, tak pasal-pasal satu Malaysia menjadi tegang. >> Berita Malay 18Rabu, 28 November 2018
Suara Rakyat
TU DIA! Rupa2nya ni la dalang sebenar rusuhan kuil Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, kelma… Read More...