Update Isteri Orang Hantar "Makanan" Untuk Teman Lelaki Di Hotel >> Berita Malay 18


TERENGGANU - Seorang wanita berstatus isteri antara tiga pasangan yang ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dalam Ops Tahun Baru di beberapa hotel bajet sekitar Kuala Terengganu.

Dalam kejadian jam 8.50 pagi itu, wanita yang berusia 38 tahun dari Kampung Raja, Besut itu ditahan bersama pasangannya berusia 30 tahun ketika berada dalam bilik hotel bajet di bandar raya ini.

Manakala ketika ditahan, wanita yang mempunyai seorang anak lelaki berusia 18 tahun itu mendakwa dia sedang menghantar makanan untuk teman lelakinya yang baru tiba di negeri ini semalam.

Seterusnya siasatan JHEAT terhadap pasangannya yang berasal sari Sarawak itu mengaku bahawa datang ke negeri ini untuk menyambut tahun baru bersama wanita terbabit yang dikenalinya melalui laman sosial.

Operasi selama dua jam bermula jam 7.30 pagi itu diketuai Penolong Pesuruhjaya (Operasi) JHEAT Kuala Terengganu, Amirul Akram bersama 20 anggota penguat kuasa, kata Pesuruhjaya JHEAT, Wan Ismail Sahaimi Wan Omar.

Selain itu, semua pasangan berusia antara 20 hingga 38 tahun akan didakwa mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Terengganu 2001 kerana persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah, jelasnya.

Mereka juga boleh dikenakan hukuman denda maksimum sebanyak RM3,000 atau dua tahun penjara jika disabitkan dengan kesalahan, katanya lagi.

Kata Wan Ismail, "kesemua mereka itu sudah dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu pendakwaan di mahkamah selepas selesai diambil keterangan." Sumber: Harian Metro. Editor: Atila Atasha.

Subscribe to receive free email updates: