Update Kejam!!! Ibu Bunuh Bayi Yang Baru Lahir Di Dapur Restoran >> Berita Malay 18


JAKARTA – Seorang pembantu rumah berusia 21 tahun didakwa membunuh bayinya di sebuah restoran beberapa minit kemudian selepas melahirkan.

Menurut Kompas.com, kejadian itu berlaku pada sabtu lalu 13 Jan, di dapur sebuah restoran di daerah Pondok Aren, di pinggir Jakarta.

Pihak polis berkata, suspek melahirkan anaknya itu di dapur kemudian mencapai pisau dan memotong tali pusat dan membunuh bayi itu menggunakan pisau yang sama.

“Pesalah tersebut melakukan keganasan ke atas budak bawah umur, yang mengakibatkan kematian,” kata jurucakap polis Jakarta Pesuruhjaya Kanan Argo Yuwono.

Argo Yuwono berkata wanita tersebut meletakkan mayat bayinya di dalam beg sebelum membuangnya di tong sampah.

Menurut laporan media tempatan, seorang saksi melihat wanita itu berlaku pendarahan di dapur.

Pemilik restoran tersebut telah membawa suspek ke hospital, doktor yang merawatnya berkata dia baru sahaja lepas bersalin dan perlu menjalani pembedahan.

Keesokan harinya, pihak polis telah pergi ke hospital menemuinya.

“Kami akan melakukan ujian DNA bagi mengesahkan bayi itu adalah anaknya,” kata Encik Argo. Sumber:CNA/Agensi , Editor:Farhana


Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :