Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Pahang menyediakan 500 kilogram (kg) ikan segar sejuk beku Q'Fish untuk diagihkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di negeri ini.
Pengarah LKIM Negeri Pahang, Rashima Baharuddin berkata, setakat ini 200 kg ikan sejuk beku Q'Fish sudah diserahkan di beberapa PPS termasuk di Rompin dan Kuantan.
Menurutnya, ikan kembung itu diberikan untuk dimasak kepada mangsa banjir yang berada di PPS.
“LKIM turun padang ke daerah yang dilanda banjir untuk mengagihkan bantuan ini di PPS terpilih.
“Saya harap bantuan ini sedikit sebanyak dapat menggembirakan mangsa banjir di PPS yang ada,” katanya ketika ditemui di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan, semalam.
Hadir sama, Adun Panching, Dato' Mohd Zaili Besar.
Rashima berkata, ekoran cuaca yang buruk, pendaratan ikan juga turut terjejas teruk dan kesannya adalah harga ikan di pasaran yang turut meningkat.
Katanya, bagi untuk mendapatkan ikan segar dengan harga yang berpatutan pengguna boleh beralih kepada ikan sejuk beku keluaran LKIM dengan jenama Q'Fish adalah alternatif yang menarik.
“Ikan yang banyak didaratkan masa sekarang ialah dari spesies ikan kerisi dan yang banyak dijual di pasaran ialah ikan sejuk beku yang diimport.
“LKIM menjamin ikan sejuk beku Q'Fish adalah segar kerana ikan dinaikkan dari jeti terus di sejuk bekukan mengguna teknik IQF (Individualy Quick Frozen),” katanya.
Related Posts :
Update [Video Kenapa PAS Sokong MCA Yang Menolak Hudud?] Berjemaah walaun turun berbalas komen demi pertahankan lebai2 mereka...100 HARI yg lebih baik! Parlimen lebih berdisiplin, siaran langsung lagi. >> Berita Malay 18Khamis, 16 Ogos 2018
Suara Rakyat
Suka Halaman Ini · 2 jam ·
Krikk.. Krikk.. Krikk..
Sudah pasti wa… Read More...
Update [Video Hanipa Maidin Pertahankan Dr Mahathir Yang Diperli MP Pas] Timb. Pengerusi Majlis Syura Ulamak PAS selamba jer tabur #FITNAH? Bekas pengerusi PAC mengaku padam perkataan dalam laporan 1MDB. >> Berita Malay 18Khamis, 16 Ogos 2018
Suara Rakyat
Suka Halaman Ini · 6 jam ·
TU DIA !!!.. MB Kelantan Dato’ Ustaz Ah… Read More...
Update Dr M beri isyarat ada bau busuk mengenai Pakatan Harapan... >> Berita Malay 18
Bertempat di sebuah hotel di Petaling Jaya Dr Mahathir Mohamad mengadakan perjumpaan dengan para menteri, timbalan menteri dan juga wakil … Read More...
Update [Video Pengerusi PAC, MP BN Terkedu Kena Hentam Dengan Lim Guan Eng] SEJAK GAGAL JADI 'KING MAKER', sudah berubahkah pendirian Pas sekarang ini? Apa lebihnya MCA di mata Pas berbanding PKR, DAP, Amanah dan Bersatu? >> Berita Malay 18Jumaat, 17 Ogos 2018
SEJAK GAGAL JADI 'KING MAKER', SUDAH BERUBAHKAH PENDIRIAN PAS?
Menjelang pilihanraya kecil Balakong pada 8 Septem… Read More...
Update Wanita Islam Somalia menang pencalonan Demokrat >> Berita Malay 18Sinar, 16 Ogos 2018
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Ilhan Omar meraih kejayaan dalam pencalonan gabenor Demokrat di Minnesota, meletakkan… Read More...