
RUSSIA – Pasukan polis Russia telah menggeledah rumah seorang suspek yang dipercayai menyimpan senjata api namun sesuatu yang mengejutkan berlaku apabila terserempak dengan seekor buaya besar yang menghuni ruang bawah kediaman itu.
Suspek disyaki terbabit dalam kes memiliki dan menyeludup senjata haram di Petergorf, pinggiran bandar Saint Petersburg yang terkenal dengan tarikan istananya.
"Ketika berada di ruang bawah tanah rumah itu, pegawai kami menemui seekor buaya," kata polis dalam satu kenyataan.
"Bagaimanapun, tiada insiden buruk membabitkan reptilia itu berlaku ketika pencarian dilakukan," kata polis turut memaklumkan perkhidmatan veterinar sedang mencari tempat baru bagi menempatkan haiwan berkenaan.
Polis mengeluarkan gambar yang menunjukkan haiwan berkenaan tinggal di dalam kolam berlumpur yang cetek dan gelap.
Suhu pada waktu siang dianggarkan negatif tujuh celsius di Saint Petersburg dianggap bukan iklim sesuai buat haiwan berkenaan.
"Buaya itu sudah tinggal di rumah berkenaan sejak 2005 dan ketika itu ia masih kecil," beritahu seorang jiran pada stesen televisyen tempatan.
Laman berita tempatan Fontanka melaporkan, buaya spesies Nil itu berukuran kira-kira dua meter dan dimiliki pengendali kelab belia di bangunan berkenaan.
Polis turut menemui barangan menyerupai peluru yang kemudiannya dihantar untuk analisis sementara suspek berada dalam tahanan. Sumber:Berita Harian Online , Editor:Farhana

Related Posts :
Update BN minta 30% saham dari pelabur China untuk kroni2 depa... >> Berita Malay 18
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa kerajaan BN sebelum ini korup dalam menerima kemasukan pelabur China ke negara ini.
Belia… Read More...
Update [Video Najib, Samanlah Tun Dr. Mahathir] 'PRK Balakong/Seri Setia' Berjemaah melindungi perompak penyamun perasuah penyeleweng & Adakah Najib MENJAWABNYA TAK TAHU? >> Berita Malay 18Isnin, 20 Ogos 2018
PENYOKONG Pakatan Harapan memberi sokongan kepada calon Parti DAP Dun Balakong N.27, Wong Siew Ki pada Hari Penamaan … Read More...
Update [Video Perempuan Ni Tuduh YB Khalid Samad Luluskan Pesta LGBT] Presiden GMIM (#walauntitPas?) MEMFITNAH Khalid Samad menganjurkan pesta gay & Undi tak percaya pada MB Perak hanya spekulasi. >> Berita Malay 18Isnin, 20 Ogos 2018
Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi
11 jam ·
Wanita ni kata Khalid Samad menganjurkan dan mel… Read More...
Update Buat kerja, jangan sibuk berdebat, Zuraida beritahu Fuziah >> Berita Malay 18
Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin menepis cabaran debat daripada Fuziah Salleh, memintanya supaya tumpu kepada tugas kerajaan daripada m… Read More...
Update [Video Woi UmnoBN hang tau ke tidak?] Padahnya mengusung 'bangkai bernyawa' UMNO TIADA LAGI MASA DEPAN! MCA, MIC terang2 tolak hudud berserta ugutan, TETAPI yang dituduh anti-Islam hanya DAP? Itulah wajah2 PAS, #LudahDuluJilatBalik >> Berita Malay 18Ahad, 19 Ogos 2018
Suara Rakyat
Suka Halaman Ini · 1 jam ·
MCA, MIC terang-terang tolak hudud bers… Read More...