Update Lelaki Maut Digilis Lori Sendiri >> Berita Malay 18



KEDAH - Seorang lelaki disahkan meninggal dunia setelah digilis oleh lori yang dipandunya sendiri apabila lori tersebut bergerak sendiri ketika dia turun dari lori tersebut untuk memeriksa keadaan lori.

Kejadian itu berlaku di dalam kawasan kuari Bt.6, depan HPA, Jalan Kodiang,Changlun pada pagi hari ini.

Mangsa dipercayai berasal dari perlis dan bekerja di syarikat kuari tersebut.

Salam takziah kami ucapkan kepada keluarga Arwah. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Editor:Farhana


Subscribe to receive free email updates: