Update Mayat Lelaki Terjerut Di Belakang Lori >> Berita Malay 18


THAILAND - Seorang lelaki dipercayai mati bunuh diri bertindak menggantung dirinya dengan menggunakan tali di belakang lori di Jalan Moo, 15, Thung Luang Wiang Sa Surat Thani.

Dalam kejadian itu, mangsa yang dikenali sebagai Kittipong Chaiyachai, 28, dijumpai dalam keadaan tali masih tergantung di leher di belakang sebuah lori.

Pihak polis menerima panggilan daripada orang awam terdapat penemuan satu mayat lelaki yang tergantung di belakang sebuah lori sebelum pihaknya bergegas ke lokasi kejadian.

Tidak lama kemudian selepas itu, pihak polis tiba di lokasi kejadian dan dari hasil siasatan awal pihak polis menemui kad pengenalan mangsa.

Orang ramai juga kelihatan turut berada di lokasi kejadian dan motif kejadian masih lagi dalam siasatan. Editor: Farhana





Subscribe to receive free email updates: