Ribuan netizen mengucapkan takziah di media sosial apabila seorang gadis pelajar lulusan terbaik Akademik Universiti Islam Hasanuddin Makassar meninggal dunia semalam 4/1/2018.
Arwah yang dikenali sebagai Aisyah Bahar sedang membaca Al-Quran selepas solat subuh tiba-tiba rebah sebelum disahkan meninggal dunia dipangkuan ayah tercinta.
Menurut sumber, Andi Wahyuni, sepupunya ketika itu sedang berpuasa sunat hari khamis dan dikhabarkan akan melansungkan pernikahannya tidak lama lagi.
Pada akhir hayatnya Aisyah sempat mengucap Laa ilaaha illallah.
Ayah arwah yang bernama Andi Bahar Jufri menceritakan anaknya ada memaklumkan mahu berpuasa sunat hari khamis.
“Selepas bersahur kami pergi menunaikan solat subuh di masjid. Pulang dari masjid, arwah minta tolong untuk mendengarkan dan memeriksa bacaan Al-Qurannya.
“Hanya dalam beberapa ayat, tiba tiba arwah rebah dipangkuan saya dan Sempat mengucap sebelum meninggal dunia”katanya.
Bahar memberitahu anaknya itu tidak pernah sakit yang serius, namun sehari sebelum kejadian arwah mengadu sakit kepala.
Selain itu Bahar memberitahu memang benar mereka telah menemukan jodoh anaknya itu dan telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak ahli keluarga dan hanya menunggu hari yang telah ditetapkan. Editor:Farhana