PERDANA Menteri Najib Razak sudah memfailkan rayuan setelah permohonannya untuk membatalkan saman difailkan Pemuda Pakatan Harapan berkaitan bayaran dibuat 1MDB kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) ditolak.

“Semalam kami juga telah failkan rayuan mengenai penolakan pemfailan pembelaan yang masih dalam rayuan,” kata peguam Najib Mohd Hararizam Harun.
“Kami menunggu tarikh pendengaran awal dari Mahkamah Rayuan untuk permohonan S44 Akta Kehakiman Mahkamah (1964).
“Walau apapun, kami ada sehingga 9 Febuari untuk memfailkan pembelaan,” kata Harafizam.
Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Najib, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kerajaan melakukan pembelaan berkaitan saman itu.
Hakim Hue Siew Kheng juga menolak permohonan bertulis oleh tiga pihak berkenaan untuk menangguhkan pembelaan mereka.
Pemuda PH menerusi kumpulan Gerakan Anak Muda Tolak Najib (GANT1) memfailkan saman itu Julai tahun lepas.
Saman itu berkaitan dengan pinjaman AS$1.2 bilion dan wang tunai pendahuluan sebanyak AS$3.54 bilion didakwa 1MDB dibayar kepada IPIC bagi memenuhi sebahagian daripada perjanjian pinjaman dibuat pada Mei 2012.
IPIC mendakwa tidak pernah menerima sebarang bayaran daripada 1MDB, seterusnya menyebabkan pertikaian perundangan berlaku di mahkamah London. Bagaimanapun, satu penyelesaian berjaya dicapai beberapa hari sebelum pendengaran kes itu bermula Mei lepas.
GANT1 mahu tiga pihak terbabit mendedahkan akaun terperinci mengenai wang yang dibayar kepada IPIC dan anak syarikatnya, Aabar Investment PJS.
GANT1 juga mahu arahan dikeluarkan supaya tiga pihak bertanggungjawab itu memulangkan kembali apa sahaja bayaran yang dibuat secara salah kepada IPIC atau Aabar, dan/atau syarikat Aabar Investment PJS Ltd (Aabar BVI) yang berdaftar di Kepulauan British Virgin kepada 1MDB.
Ia juga mahu mahkamah mengisytiharkan mengenai penyelesaian antara IPIC dan IMDB di Mahkamah Timbang Tara London pada 11 Mei lalu tidak sah.
Pada 9 Januari, Hue menolak permohonan defendan untuk membuang saman itu kerana dakwa mereka GANT1 tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyaman berkaitan urusan antara 1MDB dan IPIC di London.
Related Posts :
Update Di Pekan pun saya boleh menang...: Mat Sabu >> Berita Malay 18
KUALA LUMPUR - Presiden Amanah, Mohamad Sabu menzahirkan keyakinan, bahawa beliau mampu menang dimana-mana kerusi sekiranya beliau bertan… Read More...
Update SPRM mau kebebasan tapi kenapa tutup kes 1MDB... >> Berita Malay 18
Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menuntut kebebasan penuh adalah baik tetapi mengapa agensi itu menutup skandal besa… Read More...
Update [Video Selepas 'pekena' Daging Kambing Nampla Goreng Mat Sabu, Tun suka, senyum sepanjang masa sampai balik] Tokoh Wartawan Negara kemuka enam soalan & Apakah benar duit yang kononya dibagi oleh Najib/Umno kepada PAS digunakan untuk berniaga (antaranya kosmatik) tetapi rugi? >> Berita Malay 18Khamis, 28 September 2017
Tokoh Wartawan Negara kemuka enam soalan
Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin hari ini mengemukakan e… Read More...
Update [Video 100,000 dijangka hadir ke Himpunan Rakyat 14 Oktober] Harga durian melonjak hasil jasa Najib? Kah kah kah...Har har har! >> Berita Malay 18Khamis, 28 September 2017
BAPA PEMBANGUNAN KAUM INDIA SUDAH, BAPA MUSANG KING JUGA SUDAH, BAPA APA PULA SELEPAS INI?
Nampaknya ada sesua… Read More...
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2017/09/update-video-wahai-umnobn-mana-baki.html">Update [Video Wahai UmnoBN 'Mana baki RM2.15 bilion?' & Ust Wan Ji dilantik pegawai penerangan Guan Eng] "AMPUNKAN Abang Long mak, abah...Abang Long menyesal". >> Berita Malay 18Jumaat, 29 September 2017
Remaja Lelaki Tak Pakai Seluar Pukul Mak Minta Duit
Semalam agak kecoh tentang video seorang remaja me… Read More...