Update @NajibRazak Jual Negara Atau Beli Beberapa Negara? >> Berita Malay 18

Kata macai pembangkang, 14% pemilikan projek oleh China di Bandar  Malaysia menyebabkan negara telah tergadai. 

Jika begitu sifir pembangkang, bagaimana dengan projek-projek ini?

1. Pembangunan bandar baru Battersea, United Kingdom (UK). Malaysia menjadi pelabur utama, sedang memajukan dan membina bandar baru di atas tanah utama UK seluas 42 ekar.

Terkini Malaysia bakal membeli Battersea Power Station dengan nilai 1.6 billion pound yang bakal menjadi sejarah urusniaga hartanah terbesar di bumi UK mengatasi pembelian Walkie Talkie Skyscraper oleh Hong Kong! Malah Apple Inc juga akan buka HQ mereka di UK di Battersea.

Kesimpulan, DS Najib Razak beli UK!

2. Malaysia bakal membeli tanah-tanah di Mekah, Madinah dan Jedah. Nilai hartanah Mekah adalah yang paling tinggi di dunia malah nilai kaki perseginya lebih mahal dari New York. Arab Saudi tidak pernah menjual tanah di Mekah dan Madinah kepada pihak luar.

Malaysia adalah negara pertama yang dapat tawaran membeli tanah di sana hasil hubungan baik DS Najib dengan Raja Salman.

Kesimpulan  DS Najib Razak beli Arab Saudi!

3. Marina One dan DUO adalah dua pembangunan ultra moden di Singapura. Ia dikenali sebagai Singapore Exchange. Projek ini dimiliki oleh Khazanah sebanyak 60% dan baki 40% dimiliki oleh Singapura melalui Temasek Holdings.

Keaimpulan, DS Najib beli Singapura!

4. Lapangan terbang antarabangsa Turki Istanbul Sabiha Gokchen (ISG) kini adalah milik Malaysia. 

Keaimpulan, DS Najib Razak beli Turki!

5. Malaysia sudah ada blok carigali minyak di Gulf of Mexico. Blok 6 ni meliputi kawasan seluas 559 km persegi, hampir 4/5 keluasan Singapura! Pemilikan adalah 50:50 antara Malaysia dan Ecopetrol yang dimiliki oleh Colombia.

Kesimpulan  DS Najib Razak beli Mexico!

6. Malaysia sudah menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan Indonesia untuk membangunkan Greater Jakarta.

Dari nama pun dah tau. Greater Jakarta adalah sama dengan Greater KL iaitu projek pembesaran, pemodenan dan perluasan bandaraya kosmopolitan.

Malaysia diberi kepercayaan utk majukan kawasan seluas 500 hektar dengan projek bernilai RM 3.5 billion!

Kesimpulan, DS Najib Razam beli Indonesia!

Kalau ikut sifir pembangkang, Malaysia telah beli UK, Singapore, Mexico, Saudi, Turki dan banyak negara lain yang tak disenaraikan. Tahniah DS Najib Razak!

Subscribe to receive free email updates: