Update Pangeran @MukhrizMahathir Cuba Buat U-Turn Kenyataan Warga Brunei, Tapi Kita Ada Videonya >> Berita Malay 18



Setelah dikritik hebat oleh netizen dimedia-media sosial, Mantan Menteri Besar Kedah, DS Mukhriz Tun Mahathir cuba membuat 'u-turn' dengan mengatakan bahawa kenyataan beliau telah tersalah tafsir.

Waima Facebook Brunei Darussalam sekalipun malu untuk mengaku Mukhriz Mahathir sebagai Rakyat Brunei walaupun beliau terhegeh-hegeh membuat pengumuman terbuka, Mukhriz Mahathir bertindak seperti gurunya, Joseph Lim Guan Eng untuk taichi kesalahan kepada media kerana tersalah tafsir.

Sepatutnya beliau belajar dari Bapanya sendiri. Gunakan alasan tak ingat, tak tahu dan tak dak siapa bagi tahu. Mukhriz Mahathir kata portal Sinar Harian 'misquoted' sedangkan Sinar Harian adalah penyokong kuat pembangkang terutama PPBM dan berita yang sama turut disiarkan oleh banyak media lain.

Jangan risau Tuan-Tuan. Kami tidak buat fitnah. Kami ada video rakamannya seperti di bawah. Nak nafi lagi?

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :