Update Pembunuh Bersiri Sembunyi Mayat Mangsa Di Kebun >> Berita Malay 18


KANADA – Seorang tukang kebun, Bruce McArthur, 66, didakwa membunuh lima lelaki dan disyaki menyembunyikan bahagian tubuh mangsa di penanaman tempat dia bekerja.

Terdahulu, McArthur dituduh membunuh tiga lelaki, Majeed Kayhan, 58, Soroush Marmudi, 50, dan Dean Lisowick, 47, yang badannya ditemui di bahagian bawah penanaman di kebun di mana dia bekerja.

Pada awal bulan ini, sekali lagi dia didakwa dengan pembunuhan Selim Esen, 44, dan Andrew Kinsman, 49, kedua-duanya dilaporkan hilang dari kampung gay Toronto pada musim panas lepas.


Bruce McArthur, seorang pekebun berusia 66 tahun, tertuduh atas kes lima pembunuhan (Gambar: REUTERS)

Penyiasat mengatakan McArthur telah melakukan hubungan "seksual" dengan Kinsman namun belum mengatakan adanya hubungan dengan mangsa lain.

Pada hari Isnin, penyiasat Toronto Sarjan Hank Idsinga berkata polis telah mencari hampir 30 buah rumah setelah mengetahui ada lagi yang belum ditemui.

Beliau berkata ujian DNA sedang dijalankan ke atas mayat yang dijumpai untuk mengetahui sama ada mereka dari lima lelaki atau terdapat mangsa lain.


Selim Esen yang merupakan salah seorang mangsa (Gambar: REUTERS)

McArthur mempunyai hubungan seksual dengan Kinsman, kata polis (Gambar: REUTERS)

"Kami telah merampas beberapa peralatan tanaman dari sekitar bandar raya dan kami akan terus melakukannya.

"Terdapat dua tapak tanaman yang kami mahu gali di mana mungkin mayat ditanam."kata Idsinga

Majeed Kayhan (Gambar: REUTERS)

Soroush Mahmudi (Gambar: REUTERS)


Dean Lisowick (Gambar: REUTERS)

Idsinga berkata kejadian seperti ini tidak pernah berlaku di Kota Toronto.

Beliau juga menyuruh seseiapa yang bekerja sebagai tukang kebun lanskap bersama McArthur untuk menghubungi polis.

"Dia seorang pembunuh siri yang didakwa dan mengambil beberapa langkah untuk menyembunyikan jejaknya dan kita perlu mengenalpasti mangsa-mangsa lelaki ini dan semoga keluarga masinh-masing mendapat berita tentang penjumpaan mayat mangsa. Editor:Farhana

Subscribe to receive free email updates: