ACHEH: Seorang lelaki dipercayai menjadi suspek utama kepada pembunuhan sadis seorang bangsa yang berketurunan Tionghoa di Bandar Acheh berjaya ditangkap.
Suspek dikatakan telah ditangkap oleh pihak berkuasa di Bandar Kualanamu, Kabupaten Deli Serdang, Sumatera Utara pada petang Rabu semalam.
Berdasarkan portal berita Pena negeri.com, suspek yang berusia 22 tahun itu merupakan warga Krueng Sabee, Kabupaten Acheh Jaya.
Suspek juga dipercayai baru sahaja bekerja sebagai pembantu bersama dengan mangsa yang dikenali Tjie Sun atau Asun di mana mereka dikatakan menjual barang perniagaanya di sekitar kawasan Acheh.
Menurut pihak berkuasa Bandar Acheh, selesai sahaja suspek membunuh mangsa, suspek dipercayai melarikan diri ke arah Acheh Barat hinggalah ke Acheh Barat Daya.
Namun, pihak berkuasa tidak berhasil menemui suspek sebaliknya suspek dikatakan telah melarikan diri ke Medan dan dia akhirnya berjaya ditangkap.
Tambahnya lagi, suspek telah berjaya ditahan di Mapolres Deli Serdang dan akan segera diterbangkan ke Bandar Acheh untuk dibicarakan.
Menurutnya lagi, Tjie Sun (46), isterinya Minarni (40), dan anak mereka Callietos (8), telah dibunuh di dalam rumah milik mereka dengan keadaan menyedihkan di kawasan Kampong Mulia, Kecamatan Kota Alam, Bandar Acheh, pada Isnin yang lalu.
Kes ini akan segera disiasat dan tindakan ke atas suspek akan segera di ambil.Sumber: Penanegeri.com, Editor: Amira