Update Pendaftaran Harapan: Mahathir dakwa kerajaan bacul >> Berita Malay 18

Sinar Harian
Mahathir Mohamad
Mahathir Mohamad. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
(Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA - Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa kerajaan bersikap bacul kerana menyalahgunakan kuasa dalam soal pendaftaran Pakatan Harapan, yang sehingga kini tiada maklum balas daripada Jabatan pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, segala yang dikehendaki oleh RoS telah dipenuhi termasuk menghantar surat peringatan, namun sehingga kini tiada maklum balas daripada agensi itu.

“Sebenarnya tiada halangan langsung. Semua yang dikehendaki telah kita beri.
“Dan bila mereka kata ada masalah DAP dan Bersatu, beritahu apa masalah dan kita boleh betulkan,” katanya pada sidang media pelancaran Harapan Baru: ‘Policy Talk’ di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai kemungkinan halangan yang dihadapi soal pendaftaran parti gabungan itu.  

Menurut Mahathir lagi, pihaknya tidak mahu menentang kerajaan, sebaliknya hanya ingin kerajaan berani mendaftarkan Bersatu.  
“Ini cara kotor, tidak berani lawan lepas itu salah guna kuasa kerajaan. Dengan cara yang cukup unik.
“Bukan kata tak boleh didaftar cuma tidak jawab. Hantar surat peringatan pun tak jawab, Jadi kita nak katakan ditolak tak boleh. Lulus pun tak boleh kerana tidak jawab.

“Tetapi buat ucapan di sana sini, tak berani nak jawab inilah kerajaan bacul,” katanya.
Sebelum ini, RoS menyatakan belum meluluskan permohonan pendaftaran Pakatan Harapan sebagai gabungan parti politik disebabkan masalah dalaman dua parti komponennya, DAP dan Bersatu.

DAP berdepan dengan masalah pemilihan semula Jawatankuasa Esekutif Pusat (CEC). sementara Bersatu berdepan risiko dibubarkan berikutan gagal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) selepas setahun ditubuhkan.
Bagaimanapun, pada Sabtu lalu Bersatu telah mengadakan AGM pertamanya yang dihadiri 941 perwakilan daripada 137 bahagian di Pusat Konvensyen Ideal, Shah Alam selepas diberikan amaran oleh RoS.

Sementara itu, mengulas mengenai kenyataan Ketua Bahagian Bersatu Temerloh, Amerus Che Onn yang mendakwa AGM Sabtu lalu tidak mengikut perlembagaan parti, Mahathir meminta RoS mengeluarkan surat rasmi sekiranya dakwaan tersebut benar.

“Katakan pada RoS supaya surat rasmi dikeluarkan menyatakan AGM tidak sah. RoS tak kata apa-apa tapi orang ini yang lebih pandai daripada RoS,” katanya.
Kelmarin, Amerus mendakwa pemilihan perwakilan ke AGM tidak dibuat ikut perlembagaan parti, di mana tiada perhimpunan di peringkat cawangan dan bahagian untuk memilih perwakilan hadir AGM pertama itu.
Selain itu, perhimpunan untuk Pemuda Bersatu dan Srikandi juga tidak diadakan

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :