GUA MUSANG – Seorang wanita terkena serangan jantung ketika sedang mendaki di Gunung Yop Yap semalam.
Seramai 17 anggota Bomba, APM dan polis bergilir-gilir mengusung wanita itu turun dari gunung tersebut.
Mangsa yang dikenali sebagai Rahimah Saadun, 31, yang tinggal di Pantai Dalam ditemui dalam keadaan tidak bermaya dan keletihan di puncak gunung berkenaan.
Ketua Polis Daerah, Superitendan Mohd Taufik Maidin berkata, mereka mengambil masa selama 5 jam untuk membawa turun mangsa ke kaki gunung.
"Lebih kurang jam 9.30 malam tadi, kita menerima panggilan dari balai bomba mengatakan seorang pendaki mengalami serangan jantung semasa mendaki.
"Usaha membawa turun mangsa bermula pada jam 4 pagi dan tiba di kaki gunung pada jam 9 pagi ini. Kerja-kerja menyelamat sukar kerana keadaan laluan yang curam dan boleh membahayakan nyawa," katanya.
Menurut Mohd Taufik, keadaan mangsa masih stabil dan ditempatkan seketika di Klinik Kesihatan Lojing dan akan dibawa ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut.
Mohd Taufik turut menasihati para pendaki agar memaklumkan terlebih dahulu kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang sekiranya mahu mendaki di kawasan ini.
“Banyak kes yang berlaku di puncak gunung di mana ia dilakukan tanpa sebarang makluman. Kita berharap agar selepas ini, pendaki dapat memaklumkan terlebih dahulu demi keselamatan," katanya lagi. Sumber:Sinar Harian , Editor:Farhana