Update Pengorbanan PKR untuk PH suatu keputusan mulia >> Berita Malay 18


Pengorbanan PKR untuk PH suatu keputusan mulia
Alhamdulillah walaupun ada ramai yang tidak setuju dengan keputusan majlis Presiden untuk menamakan calon PM untuk Pakatan Harapan.
Namun, jelas menunjukkan keputusan di buat adalah satu keputusan telah memuaskan dan semua gembira dan bersyukur.
Hebatnya PKR walau pun sudah 20 tahun melawan Umno-BN dan juga Tun Mahathir, sampai satu ketika PKR telah membuka ruang yang sangat luas untuk menerima pihak yang di benci selama 20 tahun untuk bersama-sama memperjuangkan agenda rakyat adalah sesuatu perbuatan yang terpuji, sama lah dengan menerima saya yang dulu sebagai bekas strategist Umno-BN paling top.
Saya ucapkan terima kasih atas kebaikan KEADILAN pada saya dan sahabat lain.
Malah bukan itu saja itu, keluar air mata terharu saya bila mendengar keputusan majlis presiden mengumumkan bahawa Tun Mahathir akan menjadi calon PM untuk Pakatan Harapan dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi calon timbalan perdana menteri walau tika ini Datuk Seri Anwar Ibrahim masih di dalam penjara.
Yang kita tahu Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu sangat-sangat fokuskan untuk isu ini telah selesai diumumkan. Tak habis dengan itu, pecahan kerusi juga, PKR paling banyak korbankan untuk beri pada dua parti baru lahir untuk pastikan agenda kita tercapai, tak lain tak bukan adalah isu rakyat
Dan walau pun ada pesanan dari Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tidak membincangkan isu calon PM ini. Sungguh besar hati barisan pimpinan PKR untuk putuskan semua ini, ia adalah satu keputusan yang memberi impak besar dan ia juga adalah satu keputusan yang saya yakin pasti ramai yang teruja dengan keputusan ini. Ia adalah satu berita gembira buat semua pihak termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Alhamdulillah, semua telah selesai hari ini walau pun agak tergesa-gesa konvensyen ini di buat tapi syukur ia tetap berjaya dan berjalan lancar, saya harap jangan lah ada pihak yang mempertikaikan lagi soal ini dan marilah semua fokus kepada asas perjuangan rakyat.
Isu boikot konvensyen oleh AMANAH Johor walau pun AMANAH lebih awal dari PPBM dan AMANAH hanya dapat kerusi paling sikit, itu bukan isu besar, kerana pimpinan AMANAH yang bersetuju memutuskan di dalam majlis presiden.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :