Update PRU14: Bersatu perlu kerja keras di Johor >> Berita Malay 18

SELEPAS Bersatu didaftarkan secara rasmi pada 14 Januari 2017, mereka telah melaungkan hasrat menawan Johor Bahru daripada Umno dan BN.
Mungkin hasrat itu satu cabaran kepada Umno kerana negeri tersebut menjadi tempat lahirnya dan kubu kuat parti berkenaan sejak 1946.
Jika Umno tumbang, pastinya akan menjadi satu sejarah hitam buat parti keramat orang Melayu dan tidak kurang juga yang berpendapat ia adalah titik berakhirnya kehidupan parti itu.
Pengundi Melayu, wanita dan luar bandar pastinya menjadi cabaran berat buat Bersatu untuk menang di negeri berkenaan.
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan berpendapat, Bersatu perlu bekerja keras untuk menyaingi pengaruh Umno dalam kalangan pengundi Melayu.
Menurutnya, pengundi Melayu masih percaya dengan propaganda bahawa DAP anti-Melayu dan ia adalah kejayaan Umno meyakinkan mereka selama ini.
“Oleh kerana Bersatu bersama dengan DAP (dalam Pakatan Harapan), maka cabaran mereka amat tinggi,” katanya.
Bersatu perlu berdepan realiti sebenar di mana majoriti  orang Melayu di Johor, menolak DAP dan mereka yang bersama parti itu.
Ini telah pun dibuktikan dalam PRU13, Umno memenangi 21 daripada 26 kerusi Parlimen yang ditandingi dan 38 daripada 56 kerusi Dun.
DAP hanya memenangi kerusi-kerusi di bandar dan menyedari populariti mereka tidak mampu menandingi Umno di kawasan luar badar.
Justeru, bagi PRU14, Harapan ambil tindakan menggunakan Bersatu untuk menembusi kerusi-kerusi luar bandar selepas PR gagal melakukannya pada PRU lalu.
Memetik kaji selidik yang dijalankan Yusof Ishak Institute (Iseas) terhadap orang Melayu mengenai DAP mendapati, sebanyak 85 peratus daripada 2,011 responden terdiri daripada 55 peratus Melayu, 38 Cina dan tujuh peratus adalah masyarakat India dari pelbagai peringkat umur di beberapa kawasan luar bandar di Johor, tidak cenderung kepada parti itu.
Namun begitu, sedikit berita baik buat gabungan pembangkang apabila hasil kaji selidik Iseas mengenai kecenderungan orang Melayu terhadap Harapan memperlihatkan adanya penerimaan.
Sejumlah 14 peratus orang Melayu cenderung kepada Harapan dan 69 peratus lagi tidak cenderung kepada mereka.
Wan Saiful berkata, Bersatu berpotensi mencabar Umno sekiranya mereka berjaya meyakinkan pengundi Melayu bahawa mereka akan menjaga agenda Melayu.
“Jika mereka gagal meyakinkan orang Melayu, adalah sukar untuk Bersatu mendapat sokongan di Johor.
“Sebenarnya di kalangan penyokong Umno pun ramai yang masih belum membuat keputusan.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :