
Berbeza dengan struktur blok Pakatan Harapan, beliau berkata, pengundi tidak yakin dengan Gagasan Sejahtera yang ketara didominasi Pas ditambah keinginan parti tersebut mahu menjadi pencatur utama.
“Bagi saya, (Gagasan Sejahtera) masih belum meyakinkan (pengundi) dan kita tinjau siapa calon perdana menteri, calon kabinet mereka, pengagihan kerusi mereka. Apa yang kita lihat sebenarnya semua itu adalah milik Pas.
Penganalisis politik itu berkata demikian ketika ditemubual moderator, Nazri Kahar dalam slot Analisis Awani di saluran 501 Astro Awani.
Untuk rekod, Gagasan Sejahtera yang ditubuhkan pada 16 Mac 2016 turut dianggotai beberapa parti kecil iaitu Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).
Mengulas lanjut pendirian politik Pas mutakhir ini, Hisomuddin menganggap pemimpin parti tersebut berada dalam situasi delusi atau tidak rasional yang bercanggah dengan pertimbangan pengundi.
“Perkiraan pengundi tidak sebegitu. Bagi saya, ini delusi yang dialami pemimpin Pas. Mereka anggap strategi itu (Gagasan Sejahtera) diterima dan pengundi berfikir seperti mereka.
Read More / Baca Lagi >>