Update PRU14: Usaha BERSATU untuk tembusi kubu Umno >> Berita Malay 18

Di atas kertas, BERSATU dilihat dalam misi paling berat dalam pilihan raya umum ke-14. Pakatan Harapan telah menugaskan parti itu untuk meletakkan 52 calon parlimen, kebanyakannya di kubu tradiri Umno.
Ini termasuk Pekan, yang diwakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sembilan penggal berturut-turut sejak tahun 1976.
Kemudian di Kota Tinggi, di mana Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid dari BN memenangi 82.4 peratus daripada jumlah undian pada 2013.
Penelitian mendalam terhadap kerusi yang diperuntukkan kepada BERSATU menunjukkan 23 dari 52 kawasan pilihan raya berkenaan adalah "kerusi marginal."
Dalam laporan ini, "kerusi marginal" ditakrifkan sebagai kerusi yang dimenangi dengan majoriti kurang daripada 56 peratus daripada jumlah undi.
Dengan mengandaikan bahawa calon BERSATU dan Umno akan terlibat dalam pertandingan satu lawan satu di 52 kawasan pilihan raya itu, BERSATU - di atas kertas - ia mempunyai peluang sekurang-kurangnya di 23 kerusi marginal.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :