Punca dan fakta kisah ngeri di sebalik pembunuhan 3 beranak telah pun dapat dikenal pasti. Penemuan tiga beranak berketurunan cina tionghua yang dipercayai dibunuh dengan kejam telah menggemparkan seluruh warga Acheh.
Tiga beranak yang dibunuh dengan kejam termasuklah seorang kanak-kanak berusia 8 tahun telah disembelih sehingga kepalanya terputus dari badan.
Dalam sidang media hari ini Polresta Banda Acheh telah dapat mengenalpasti 5 fakta mengenai kes berkenaan.
1. Identiti mangsa
Menurut pengakuan mangsa, lelaki keturunan tionghua ini merupakan seorang lelaki yang amat murah dengan senyuman dan selalu menegur sesiapa sahaja yang berada disekelilingnya.
Pagi sebelum saat kejadian mangsa di lihat sempat menghantar anaknya untuk ke sekolah. Keluarga kecil ini setiap petang akan keluar untuk makan petang bersama.Salah seorang jiran mangsa telah memaklumkan kepada pihak polis.
2.Isteri Ditemui tanpa sebarang pakaian.
Miarni merupakan isteri mangsa ditemui maut tanpa seurat benang di tubuhnya dengan bekas luka tikaman di perut. Lehernya juga terdapat kesan luka akibat di cekik.
3. Ayah Dan Anak Di Sembelih.
Cukup kejam si pembunuh ini kerana telah menyembelih si ayah dan anaknya. Mayat mangsa di temukan dalam posisi telungkup dan kepalanya hampir putus.
Manakala anak lelakinya berusia 8 tahun ditemui di ruang tengah rumah mereka tanpa kepala.Kanak-kanak malang itu ditemui kira-kira 3 meter dari badan
Hasil siasatan mendapati kanak-kanak malang itu dipercayai telah di pancung menggunakan sebilah parang sebelum ayahnya di bunuh.
4.Identiti Suspek Dan Motif Pembunuhan
Suspek dikenali sebagai Iwan Maulana yang berusia 22 tahun merupakan pekerja mangsa telah berjaya ditahan selepas 48 jam selepas kejadian. Pihak polis telah menyiasat motif pembunuhan ini berkaitan dengan dendam.
Dalam masa yang sama,pihak polis juga turut menahan reman dua lagi pekerja bagi membantu siasatan.
5.Hukum Mati
Pengurus Cabang (PC) Persatuan Dayah Inshafuddin Kabupaten Aceh Barat Daya ( ABDYA0 telah meminta pihak polis negeri bandar Aceh untuk mengambil tindakan terhadap suspek bunuh 3 sekeluarga.
Sidang media semalam telah mengulas isi berkenaan. "Pihak kami sangat bersetuju agar si pelaku pembunuh itu dihukum mata,"katanya.
Hal yang sama juga turut diungkap oleh Gubernur Irwandi Yusuf telah meminta kerjasama di Aceh tidak boleh diberi kemapunaan.
Diharapkan ianya menjadi pengajaran bagi semua pihak supaya tidak sewenang-wenangnya membunuh orang lain. Editor: Ila