PULAU PINANG- Satu laporan polis telah diterima apabila sebuah Kedai Serbaneka di Jalan Gambir, Pulau Pinang telah disamun oleh seorang lelaki pada 25 Januari 2018.
Semasa suspek memasuki kedai serbaneka tersebut kelihatan suspek membawa sebuah beg kertas yang terkandung didalam nya sebilah pisau untuk menyamun mangsa.
Suspek mengeluarkan pisau tersebut dari beg kertas nya lalu memaksa mangsa untuk meletakkan duit didalam beg tersebut.
Mangsa yang ketakutan memasukkan sejumlah wang ke dalam beg kertas tersebut dan suspek dipercayai telah melarikan diri melalui pintu belakang kedai tersebut.
Menurut pihak polis lagi, pihaknya telah meneliti rakaman litar tertutup CCTV yang berada di lokasi kejadian dan telah mendapati suspek juga pernah terlibat dalam satu lagi kes samun sebuah kedai jahit di kawasan Sungai Nibong.
Orang ramai yang terlihat atau mengenali suspek ini di minta untuk menghubungi balai polis berdekatan atau terus menghubungi Bilik Gerakan IPD Timur Laut di talian 04-2282222 atau terus menghubungi Pegawai Penyiasat Kes iaitu Inspektor Syed Hafiz di talian 019-5849523. Selain itu anda juga boleh terus menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah ASP Norhisham Haji Ramli di talian 019-4715484.
Kes ini telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan. Editor: Ila

Related Posts :
Update [Video Kenapa Wajib Tolak Pas & Pendedahan Beberapa Siri Penyelewengan UmnoBN] Kini masanya, tepat jam 11 malam ini & GST ibarat KECELAKAAN di kala rakyat menanggung keperitan meneruskan hidup sehari-hari. >> Berita Malay 18
… Read More...
Update [Video Warisan Sabah: PERUTUSAN TAHUN BARU 2018] Mengapa 'Menjelang Tahun Baru' Najib Kian TERTEKAN, JIWA KACAU, & BERCELARU yang amat luar biasa? Kenapa pula hanya sekarang Hadi jadi begitu? >> Berita Malay 18Isnin, 1 Januari 2018
NAJIB TERBUKTI KIAN TERTEKAN DAN JIWA KACAU, KALAU RCI FOREX DITUBUHKAN KERANA KIT SIANG, KENAPA TAK WUJUDKAN RCI 1M… Read More...
Update [Video Sorotan 'Iimelda Marcos' negara kita? Najib penyamun ke tidak (pemimpin disanjungi pas)?] Rakyat sedang menilai dan memerhati! Krisis ekonomi rakyat & Agihan kekayaan yang tempang di Malaysia. >> Berita Malay 18Isnin, 1 Januari 2018
buletinonline.net
tingkapberita.com
Krisis ekonomi rakyat di Malaysia
Adakah rakyat biasa dapat merasai perk… Read More...
Update [Video Perutusan Selamat Tahun Baru 2018 & Isu Semasa bersama PRESIDEN PARTI AMANAH NEGARA] Selamat Tahun Baru 2018...Ayuh, LAKUKAN PERUBAHAN! >> Berita Malay 18Ahad, 31 Disember 2017
Hari terakhir 2017, Bang Mat masih datang ke pejabatnya.
Azam tahun baru 2018 saya adalah untuk melihat kerajaan… Read More...
Update [Video Alang2 TEMBAK! Atuk (Tok Wan) ni ada fakta sejarah Pas ngan Umno] Dunia tanpa kebencian 2018. >> Berita Malay 18Isnin, 1 Januari 2018
Dunia tanpa kebencian 2018
Dunia mengenali perkataan AMAN, DAMAI atau PEACE dalam berbagai bahasa. Peperangan dii… Read More...