Saksi berkata seorang individu yang kononnya mahu membantu seorang mangsa kemalangan bertindak melarikan telefon bimbit mangsa.

PETALING JAYA: Seorang individu yang kononnya mahu membantu seorang pelajar yang dihujung nyawa selepas dilanggar sebuah van bertindak melarikan telefon bimbit mangsa, menurut seorang saksi kemalangan.
Menurut beliau, orang ramai ketika itu sedang menolong remaja itu, yang meninggal dunia selepas dilanggar sebuah van yang melanggar lampu isyarat berdekatan pusat membeli belah Danga City Mall, Johor Bahru.
Berdasarkan cerita seorang individu bernama Harry Cyclone di Facebook, FMT difahamkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki itu berlumuran darah apabila datang seorang individu memeriksa barang mangsa.
“Kami semua sedang menolong remaja ini dan datang seorang lelaki yang secara tiba-tiba memeriksa telefon untuk menghubungi ibu bapa remaja itu.
“Dia mengambil telefon remaja itu dan melarikan diri. Manusia jenis apa ini,” katanya di ruangan Facebook JB TRACER: Johor Bahru Traffic, Crime & Community Service Report.
FMT difahamkan remaja itu sedang menunggang motosikal apabila dilanggar sebuah van.
“Sebuah van yang melanggar lampu isyarat terus langgar remaja berkenaan. Berlaku pendarahan yang banyak di kepala remaja berkenaan,” kata Harry.
“Pemandu van berkenaan pada mulanya mahu melarikan diri tetapi berjaya dihentikan oleh orang ramai” tambahnya.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Shahurinain Jais ketika dihubungi FMT, mengesahkan kejadian berkenaan namun masih belum mendapatkan laporan lengkap kejadian.
FMT
Related Posts :
Update 'HARAPAN bakal tawan Putrajaya, Johor dan Melaka' >> Berita Malay 18
Dengan spekulasi pilihan raya umum ke 14 (PRU 14) semakin dekat, pemimpin parlimen DAP Lim Kit Siang menggariskan tiga matlamat beliau buat… Read More...
Update ALANG-ALANG MENYELUK PEKASAM… >> Berita Malay 18
LAPORAN KHAS Di kalangan pemimpin Umno sama ada di peringkat tinggi ataupun di peringkat akar umbi, terus menyokong Tan Sri Muhyiddin… Read More...
Update Selamat datang TSMY ke Johor... >> Berita Malay 18
Pemimpin pembangkang di Johor mula cemas. Pelbagai perkara saat ini sedang meresahkan kem pembangkang di Johor.
Sejak diumumkan kepimp… Read More...
Update [Video Huaaa Muar Johor...Sambutan Hangat MERAH, Tun M Di majlis Ulangtahun Pertama PPBM] 'HARAPAN bakal tawan Putrajaya, Johor dan Melaka'! PRU-14 boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja. >> Berita Malay 18Sabtu, 9 September 2017
'HARAPAN bakal tawan Putrajaya, Johor dan Melaka'
Dengan spekulasi pilihan raya umum ke 14 (PRU 14) semakin dekat,… Read More...
Update Setahun Bersatu: Mahathir berseloroh KLCC 'ada ka takda' >> Berita Malay 18
Beliau diminta untuk menandatangani sebuah poster yang dipaparkan wajahnya dan bangunan KLCC, terus beliau berkata,"ada ka takda" s… Read More...