Update Saya Pun Tak Tahu Siapa Yang Bawa Kereta Itu. >> Berita Malay 18


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dikatakan akan menyelesaikan urusan mengenai insiden yang melibatkan kereta Rolls Royce miliknya selepas pulang dari luar negara yang didakwa disita dalam Op Patuh pada malam tadi.

Difahamkan, dia kini berada di Bali, Indonesia atas urusan perniagaan dan dia berasa sangat terkejut apabila mendengar berita berkenaan selain tidak tahu-menahu kereta miliknya disewa oleh dua warga asing atau tentang penggunaan Lesen Kenderaan Motor (LKM) kenderaan itu, kata beliau ketika dihubungi.

Katanya, "saya tidak tahu mengenai kereta saya yang disewakan kepada orang lain dan segala urusan mengenai kereta berkenaan dilakukan oleh pengurusan syarikat."

Dia juga mengakui kesilapannya itu dan meminta maaf kepada pihak JPJ serta akan memastikan perkara sama tidak berulang lagi, jelasnya yang juga merupakan Pengarah Urusan D'Herbs Holding Sdn Bhd.

"Apabila balik ke Malaysia nanti, saya akan uruskan perkara ini dan saya akui kecuaian saya ini dan memohon maaf kepada pihak berkuasa.

Jelas Aliff, "segala urusan perjalanan di Malaysia menggunakan kereta Toyota Vellfire dan saya sebenarnya tidak menggunakan kenderaan itu.

Sementara itu, dia juga tidak mahu memperbesarkan perkara ini dan akan menyelesaikannya dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) apabila balik ke Malaysia nanti.

Dalam pada itu, kereta mewah milik Aliff Syukri yang dianggarkan lebih RM1 juta itu telah disewa oleh dua warga asing disita selepas pemeriksaan mendapati bahawa lelaki terbabit tidak mempunyai lesen memandu yang sah di negara ini, malam tadi.

Malah seorang daripada mereka yang turut berada di dalam kenderaan itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Manakala pemeriksaan lanjut yang dijalankan JPJ turut mendapati bahawa kenderaan itu menggunakan LKM atau cukai jalan Sarawak sedangkan kenderaan terbabit digunakan di Semenanjung.

Jelasnya lagi, "saya meminta agar netizen tidak mengecam saya seolah-olah melakukan kesalahan besar seperti seorang penjenayah yang merompak dan merogol."

"Apabila saya buat baik orang tak pandang, tapi apabila timbul masalah seperti ini netizen menuduh saya macam-macam. Malu saya dibuatnya," kata Aliff. Sumber: Harian Metro. Editor: Atila Atasha

Subscribe to receive free email updates: