Update Siapa xoxo, soal Tun M >> Berita Malay 18

Siapa xoxo, soal Tun M
Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menerima 'hadiah' istimewa daripada seseorang yang tidak dikenalinya. Foto- Facebook Tun Dr Mahathir Mohamad.
(Ubah saiz teks) 
 
SHAH ALAM - Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menerima 'hadiah' istimewa daripada seseorang yang tidak dikenalinya.
Katanya, hadiah berkenaan diletakan oleh 'orang berkenaan' di keretanya.
"Ada orang tinggalkan  nota melekat (sticky note), ni di kereta saya.‬Siapa xoxo?," kongsinya di Facebook.

Tulisan di nota melekat itu tertera tulisan 'Tun I Love U'.
Perkongsian Mahathir berkenaan terus menarik perhatian netizen alam maya yang turut memberi komentar berhubung tulisan di nota melekat berkenaan.
"Tun M ada peminat rahsia...saya terang-terang sayang awak Tun," kongsi Masrina Saad.

Sementara itu kata Adea Aeyra Wallaa pula menyatakan 'tak dapat berjumpa dengan Tuannya dengan kereta pun jadilah'.
"Ketahuilah bahawa sesungguhnya kami seluruh rakyat Malaysia sayang Tun sampai bila-bila," kongsinya

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :