INDONESIA: Sepasang suami isteri dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan iaitu kekerasan dalam rumah tangga hingga membawa kepada kematian.
Pasangan berkenaan dikenali sebagai Adi Hartono, 38 dan Nani Yulianti, 32 dikatakan bergaduh sehingga terjadi pergaduhan yang besar di mana si suami telah menganiaya isterinya dan bertindak membunuhnya selepas itu.
Kes seperti ini dikatakan kerap berlaku di sekitar tempat tinggal mereka di mana kebanyakan pasangan akan bergaduh dan menjadi mangsa korban kepada kekerasan rumah tangga.
Mangsa yang tinggal Kampung Papanggungan, Kelurahan Margawati, Kecamatan Garut Kota telah ditemui meninggal dunia apabila mayatnya ditemui tertanam di belakang rumahnya.
Mayatnya itu dipercayai telah ditemui setelah suaminya iaitu suspek menggali kawasan terbabit setelah mendapat arahan daripada pihak berkuasa tempatan.
Kes penganiayaan ke atas mangsa yang dipercayai isteri kedua kepada suspek dikatakan berlaku pada 3.1.2018 yang lepas sekitar pukul 7.00 malam.
Saat itu, mangsa dipercayai berada di warung telah diheret suaminya untuk pulang ke rumah dan penduduk yang berhampiran memberitahu bahawa mereka ada mendengar mangsa menjerit-jerit akibat dipukul oleh suaminya itu.
“Setelah kejadian malam itu, korban sudah tidak pernah terlihat lagi. Jadi warga curiga ada sesuatu,”
Kecurigaan penduduk setempat semakin bertambah parah setelah ada dalam kalangan mereka yang melihat suspek sedang membuang sesuatu di belakang rumah dan dipercayai anak kepada isteri pertamanya sedang menggali lubang di sebuah kebun di belakang rumah mereka.
“Kerana curiga, warga pun melapor ke polis. Setelah mendapat laporan, kami melakukan pembongkaran lubang yang diduga tempat korban di kubur,” ujarnya.
Dari hasil pembongkaran yang disaksikan oleh warga setempat bersama pihak berkuasa, mereka menemui mangsa dan terus membawanya ke hospital berhampiran untuk dibedah siasat.
Difahamkan, punca berlakunya kekecohan antara suami isteri ini adalah disebabkan masalah ekonomi yang melanda mereka namun punca ini masih lagi belum dikenalpasti kesahihannya.
Pihak berkuasa tempatan bagaimanapun berjaya menangkap suspek yang dikatakan ingin melarikan diri ke Jawa Tengah dan suspek telah dibawa ke balai polis berhampiran untuk disoal siasat.
Sekiranya didapati bersalah, suspek akan didakwa dengan Pasal 338 KUHP dan Undang-Undang tentang Penghapusan Kekerasan Dalam Rumah Tangga yang mana akan membawa kepada hukuman penjara selama 15 tahun. Editor: Amira