Update TAK KESIANKAH NAJIB KEPADA PAS, SUDAHLAH DIUNGKIT-UNGKIT BANTUAN, KELANTAN PULA MAHU DIRAMPASNYA? >> Berita Malay 18

Semalam, Perdana Menteri Najib Razak melakukan lawatan sehari ke Kelantan. Seperti biasa, dalam lawatannya ke mana-mana negeri menjelang PRU 14 yang bakal diadakan pada bila-bila masa, banyaklah janji projek dan curahan wang dilakukan yang tentunya diharap akan dibalas dengan sokongan dan juga undi.

Kelantan turut tidak terkecuali, meskipun negeri itu ditadbir oleh Pas yang merupakan "rakan mesra"  kepada UMNO. Selain mengumumkan beberapa projek, Najib juga mengungkit kemurahan hatinya kepada Kelantan yang menurutnya, beliau adalah jauh lebih baik berbanding Tun Mahathir Mohamad dahulu.

Kata Najib, sepanjang 22 tahun Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, dana yang disalurkannya kepada Kelantan hanyalah berjumlah RM12.7 bilion sahaja.

Sebaliknya, kata beliau, sejak 2006 hingga tahun ini, dana yang disalurkan oleh kerajaan Pusat kepada Kelantan adalah berjumlah RM14.69 bilion.

"Negeri defisit macam Kelantan ini, kalau tiada sumbangan daripada kerajaan Pusat, mereka nak bayar gaji pun tak mampu.

"Kita ada masa lagi untuk tambah peruntukan kepada Kelantan. Nak undi atau tak undi, itu hak mereka tapi kali ini undi kitalah.

“Kita bagi suntikan macam-macam, tuan-tuan dan puan-puan apa salahnya bendera kita (BN) kasi naiklah sikit.

“Ini susah-susah baru minta tolong kita, bendera dah naik pun kita nak kena turunkan, inilah kita baik hati,” demikian antara kata-kata  Najib sambil tertawa kecil.

Dalam erti kata lain, selain bersikap pemurah memberi peruntukan wang kepada Kelantan yang kekurangan dana untuk mentadbir negeri dan melaksanakan projek-projek pembangunan, nawaitu sebenar Najib ialah mahu negeri itu dikembalikan semula kepada UMNO untuk memerintahnya.

Sebab itulah beliau suka mengungkit-untkit apa yang diberikannya kerana harapannya apa yang disumbangkannya  itu sentiasa diingati oleh pengundi Kelantan.

Kenapa Najib masih bersungguh mahu menawan kembali Kelantan sedangkan Pas adalah "rakan mesra" kepada UMNO sehingga parti itu berkeras untuk menjadikan pertandingan tiga penjuru di peringkat Pusat semata-mata mahu memberi kelebihan kepada BN memenangi pilihanraya akan datang?
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: